"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Saturday, February 21, 2009

WANITA!!!!

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

MUHASSABAH

Lelaki yang cantik,

1. Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,

2. Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

3. Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,

4. Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

5. Adalah lelaki yang baik sangka dan,

6. Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

7. Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati

8. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi

9. Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Perempuan yang gagah,

1. Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

2. Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

3. Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

4. Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

5. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

6. Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.

7. Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

10 JENIS ORANG ISLAM YANG ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk
anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam
dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak
mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi
tidak diberi dari makanannya itu.

LELAKI VS WANITA

KADANG-KADANG KITA SERING TERTANYA-TANYA APAKAH PERSAMAAN ATAU PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN WANITA. LELAKI PADA PANDANGAN WANITA MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN YANG MEREKA SENDIRI TAK DAPAT TANDINGI. WANITA PADA PANDANGAN LELAKI MENGAPA BEGITU MENAWAN SEHINGGA ADA PEPATAH "PEREMPUAN MAMPU MENJATUHKAN SESEBUAH EMPAYAR YANG BESAR". ADA SESETENGAH YANG TIDAK BERPUAS HATI MENGAPA KAUM YANG BERLAINAN DENGAN MEREKA MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSEBUT. SEMUA INI TENTULAH BERADA DI BAWAH PERKIRAAN-NYA...BUKAN BEGITU?


Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil (syahid pahala). Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ...

WASIAT Syeikh Abdul Kadir Jailbird

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian - Hukama'
Berkata Syeikh Abdul Kadir Jailbird:
Apabila kamu bertemu seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan engkau katakana pada dirimu:
Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripadaku.
Semoga Allah mengangkat darjatNya.

Sekiranya dia lebih muda dari kamu katakanlah:
Dia belum lagi menderhaka Allah tetapi aku telah banyak menderhakai Allah, tidak ragu lagi dia lebih baik daripadaku.

Sekiranya dia orang yang lebih tua dari kamu katakanlah:
Dia lebih dahulu menyembah dan berbakti pada Allah daripada aku.

Sekiranya dia orang alim katakanlah:
Dia telah diberi Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.

Sekiranya orang itu jahil katakanlah:
Dia menderhaka kerana kejahilannya sedangkan aku menderhaka dalam keaadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku dan kesudahannya.

Sekiranya orang itu kafir katakanlah:
Aku tidak tahu.

ADUHAI SEDARLAH MANUSIA!!!!

Mata yg berasal dr unsur air memiliki sifat adil. dgn melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata akan mengatakan yg sebenarnya, memantulkan kata hati yg sesungguhnya...

Menuntut ilmu adalah taqwa,
menyampaikan ilmu adalah ibadah,
mengulang2 ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad,

sakit itu ibarat mahkota,hanya orang yang sakit
dapat merasanya.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu
sebenarnya terkandung seribu kemanisan........

ilmu penyuluh hati yg bersih,
pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
natijahnya kejayaan bakal diraih,
kutuman senyuman akan tersurih,
berkat doa kepada yang Maha Pengasih...


..Air mengatasi kemarakan api,
manis mengatasi kepahitan hempedu,
akal mengatasi keaiban diri,
senyum mengatasi kedukaan kalbu,
Iman mengatasi ketandusan jiwa..

hidup ini terbina daripada pahit dan manis.
jika selalu pahit, hati akan menjadi rawan,
jika selalu manis, hati akan menjadi bosan.

kecantikan akan pudar,
kekuatan akan hilang,
tua akan tiba,
kematian pasti tiba...........
mengapa masih ada manusia yang tinggalkan solat ?????

HEBAHAN BUAT KONTIJEN FST

MAKLUMAN PROGRAM SIHAT BERSAMA FST

KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING



Setelah diperkenankan dan diperhalusi beberapa faktor, berikut ialah ciri-ciri kejohanan :

Tarikh : 27 Mac 2009 ( bermula jam 8 malam hingga 11 malam)

28 Mac 2009 ( bermula jam 2.30 ptg hingga 7.00 malam)

Tempat : Gelanggang serbaguna futsal dan gelanggang bola jaring

Penyertaan : Terbuka kepada semua pelajar FST sahaja, (Terhad kepada 10 pasukan)

Yuran : ± RM 30

Borang penyertaan akan mula diedarkan pada 2 Mac 2009

*Tertakluk kepada sebarang perubahan kelak.
Related Posts with Thumbnails