"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Saturday, July 10, 2010

PEMATUHAN ETIKA PAKAIAN PELAJAR UPSI

Kepada semua pelajar, adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi etika pemakaian pelajar semasa berurusan di dalam kawasan UPSI.

Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kerjasama semua pelajar supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan alasan kebebasan berpakaian sepanjang cuti semester keluar masuk kampus sebagai satu tindakan yang dibenarkan oleh pihak Universiti dan cuba dijadikan ikutan sepanjang musim kuliah.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Unit Keselamatan akan menjalankan penguatkuasaan berhubung ETIKA PAKAIAN MAHASISWA/WI seperti biasa pada waktu-waktu tertentu.

Pemberitahuan ini bertujuan memberi peluang kepada Pelajar untuk membuat persediaan awal. Pelajar yang pernah menerima saman kali pertama harus berhati-hati agar tidak menerima saman seterusnya kerana tindakan tatatertib akan diambil ke atas pelajar yang terlibat.

Pelajar dinasihatkan supaya memahami ETIKA PAKAIAN yang telah disyaratkan oleh Universiti. Untuk memudahkan urusan berkaitan ETIKA PAKAIAN, berikut adalah kesalahan yang kerap dilakukan pelajar dan akan menjadi perhatian;

Pelajar Lelaki:
1. Rambut panjang
2. Baju T-shirt tanpa kolar
3. Kad Matrik tidak dipamerkan
4. Memakai sandal.
5. Memakai seluar 'jeans' (jenis yang tidak dibenarkan, sila dapatkan maklumat lanjut berbuhung pemakaian seluar 'jeans')

Pelajar Perempuan:
1. Seluar (sendat & tidak menutup punggung)
2. Pakaian (sendat / mengikut bentuk badan)
3. Rambut yang diwarnakan
4. Kad Matrik tidak dipamerkan
5. Kasut / selipar / sandal yang tidak dibenarkan (termasuk kasut jenis 'croc', sila dapatkan maklumat lanjut berbuhung kasut 'croc')
6. Memakai seluar 'jeans' (jenis yang tidak dibenarkan, sila dapatkan maklumat lanjut berbuhung pemakaian seluar 'jeans')

Diharapkan pendedahan perkara di atas memudahkan pelajar untuk membuat persediaan dan menjadi panduan setiap masa. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Bahagian Perundangan Pelajar (HEPA)

Friday, July 2, 2010

MANUSIA ADA TANGGUNGJAWAB MEMAKMURKAN ALAM SEKITAR

ALLAH menciptakan alam ini serba sempurna untuk manusia tinggal dan menjalani kehidupan. Lihatlah indahnya panorama alam dilengkapi gunung-ganang, sungai, laut, tanah, tumbuhan dan ternakan yang dapat memenuhi keperluan manusia sebagai tanda kebesaran-Nya.

Namun, sejak sekian lama segala keindahan dan kedamaian alam semakin pudar serta dinodai satu persatu demi mengejar keduniaan mengikut hawa nafsu. Keadaan persekitaran alam sudah tidak seindah dulu kerana dicemari tangan-tangan manusia. Lihatlah keadaan sungai di negara kita. Penduduk yang tinggal berhampiran tidak bertanggungjawab membuang segala sampah-sarap hingga mencemarkan mutu kandungan air sungai serta menyebabkan air sungai tersekat.

Impaknya bukan saja kita manusia yang susah, segala spesies hidupan air sungai turut menerima kesan. Membuang kotoran dan sampah-sarap boleh dianggap perbuatan salah laku pemusnahan alam.Ingatlah amaran Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Surah al-A’raf: 56).

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan perbuatan dilakukan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan (buruk) mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar.” (Surah al-Rum: 41).

Jelaslah aspek penjagaan alam sekitar termasuk memelihara kebersihan sungai penting dan perbuatan merosakkannya akan memberi impak negatif kepada manusia dan di sisi agama dikira perbuatan mungkar.
Maka tidak hairanlah apabila sikap segelintir masyarakat yang kurang peka terhadap kebersihan sungai menyebabkan kualiti air sungai tercemar. Buktinya, satu ketika dulu Sungai Kelang dan Sungai Gombak teruk tercemar memaksa pihak berwajib membelanjakan kos tinggi semata-mata memulihkan kembali sungai itu.

Sebagai manusia dikurniakan Allah dengan nikmat sungai yang air darinya digunakan untuk kehidupan, sewajarnya kita bersyukur dengan berusaha menjaga dan memelihara kebersihan, keindahan serta kualiti air sungai.Jangan jadikan tangan penyebab kemusnahan sungai. Membiarkan sungai dikotori dan dicemar bermakna kita merelakan satu anugerah Allah hilang begitu saja. Peranan manusia adalah untuk memakmurkan alam sekitar, termasuklah sungai.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.” (Surah Hud: 61).Apakah kita sudah memakmurkan alam kerana yang sering dilihat manusia semakin banyak memusnahkan alam, membuang sisa pepejal, sampah dan najis sewenang-wenangnya ke dalam sungai.Peningkatan tahap kesedaran melalui pendidikan penting sebagai usaha memastikan sungai tetap terpelihara bukan untuk generasi hari ini tetapi juga akan datang supaya dapat mewarisi anugerah alam yang memberi manfaat kepada mereka.

Mendidik mengenai aspek penjagaan alam sekitar sebahagian daripada skop tanggungjawab pendidikan akhlak. Hal ini bertepatan pesanan Nabi yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim.Papan tanda ‘Cintailah Sungai Kita’ bukan sekadar untuk dipandang tetapi perlu diterjemahkan dalam kehidupan melalui sikap menjaga sumber alam semula jadi dan menjamin kelangsungan pada masa akan datang.Jangan bersikap lepas tangan dan hanya menyerahkan kepada pihak berwajib dalam soal memelihara sungai. Semua perlu memikul rasa tanggungjawab memelihara sungai kerana berakhlak baik dengan alam sekitar, kesejahteraannya akan berkekalan.

Ini juga tanda manusia mensyukuri nikmat sungai. Oleh itu, ubah sikap supaya lebih menghargai sungai dan sumber alam lain.Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang membunuh seorang manusia dan membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa memelihara kehidupan manusia, maka seakan-akan dia memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” (Surah Al-Maidah: 32)

TAUBAT KEMUNCAK MUHASABAH


Muhasabah atau timbal balik atau post mortem adalah suatu istilah popular malah suatu agenda rutin terutama dalam dunia kedoktoran dan dunia korporat. Muhasabah dalam sebuah syarikat perniagaan lazimnya adalah untuk menilai kembali pencapaian keuntungan syarikat di samping merujuk kepada komentar para pengguna kepada produk atau perkhidmatan mereka di samping turut menilai keberkesanan strategi pemasaran yang telah digunapakai. Taubat dalam syarikat perniagaan mungkin merujuk kepada kekesalan terhadap pelbagai strategi dan keputusan yang tidak menguntungkan yang kemudian disusuli dengan strategi dan keputusan yang dikatakan lebih efektif dan efisien.


Dalam konteks individu, ramai orang telah bermuhasabah dan bertaubat. Bagaimanapun, banyak yang bukan kerana Allah tapi mungkin kerana wang dan kedudukan atau kerana etika dan norma yang lebih didasarkan kepada rasa malu kepada manusia. Ramai juga orang menyesal tak sudah (seperti dengan mengatakan: ‘taubat aku tak nak buat lagi’) apabila melakukan kesilapan di depan khalayak ramai. Ramai orang lebih malukan khalayak manusia yang hidup daripada berasa malu di hadapan khalayak manusia yang sudah mati (di Padang Mahsyar).

Sebab itu kalimat taubat harus dilihat sebagai suatu kalimat khusus dalam Islam sebagaimana ad-din, jihad dan lainnya. Taubat daripada konteks bahasa bermaksud ‘kembali kepada Allah’ yang punya konotasi dosa dan pahala, syurga dan neraka, juga hari penghisaban dan hari pembalasan – hari yang secara mutlak dikuasai dan dimiliki oleh Allah semata. Sehubungan itu, Imam ar-Raghib al-Ashfahani menerangkan: "Dalam istilah syara', taubat adalah meninggalkan dosa karena keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang dapat diulangi (diganti). Jika keempat hal itu telah dipenuhi bererti syarat taubatnya telah sempurna."


Muhasabah dan taubat tidak dapat dipisahkan ibarat tiada taubat tanpa muhasabah. Muhasabah adalah perintis jalan kepada pintu taubat dan pintu rahmat. Muhasabah adalah amalan para salaf as-soleh sebagaimana kata-kata Umar al-Khattab r.a.: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, timbangilah diri kamu sebelum kamu ditimbangkan”. Hati yang telah sudi bermuhasabah bermakna telah sudi dan sanggup melapangkan dada dan merendahkan diri untuk mengaku kesilapan dan kesalahan diri sendiri samada di hadapan manusia apatah lagi di hadapan Allah. Taubat pula adalah puncak dan kemuncak muhasabah, sekaligus merupakan simbol rasa hamba yang hina dina lagi pasrah kepada Allah – yang tentunya sukar dilakukan oleh manusia-manusia ego.


Ego pula tidak sekali-kali dapat disatukan dengan taubat, lantaran ego mengandungi syirik kepada Allah – merendahkan Allah daripada sifat-sifat dan nama-nama Allah yang indah lagi mulia. Mana mungkin manusia ego sanggup merendahkan dirinya, bermuhasabah diri lalu bertaubat kepada Allah. Sebaliknya, mana mungkin Allah mengampuni dosa ego dan syirik kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan (dosa) seseorang jika dia mensyirikkan-Nya, dan Dia mengampuni dosa selain daripada itu." (an-Nisa’: 48).


Justeru, Allah Maha Adil untuk mengasihi dan menyayangi orang-orang yang bertaubat, yang memohon keampunan dan sering membersihkan diri. Juga Maha Adillah Allah untuk mengganjari syurga buat golongan yang bertaubat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh yang makruf dan melarang daripada yang mungkar, yang memelihara batasan-batasan Allah. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman itu (dengan syurga).” (at-Taubah: 112)

Related Posts with Thumbnails