"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA

hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Thursday, December 31, 2009

RINTIHAN MAHASISWA UPSI

Tanjong Malim, 31 Dis - Mahasiswa pendidikan UPSI,mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan yang dinyatakan di dalam akhbar hari ini.

Beliau hari ini menyatakan, Institut Pendidikan Guru (IPG) melatih guru-guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Katanya , "keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan."

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Nik Azrul Nik Kamaruddin ketika ditemui berkata, tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri apatah lagi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahasiswa pendidikan di IPTA lain seperti anak tiri kepada KPM.

"Sebagai mahasiswa pendidikan di IPTA, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana IPTA juga melatih bakal guru yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran terutama di masa hadapan.

"Jika beliau berpendapat kursus pendidikan di IPTA kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta, saya menyarankan agar kursus pendidikan yang ditawarkan di semua IPTA dikurangkan pengambilannya atau tutup sahaja kursus pendidikan di IPTA,” katanya lagi.

Bagi penempatan sekolah pula, saudari Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI berpendapat bahawa sepatutnya Kementerian Pelajaran perlu lebih mengutamakan kualiti bakal guru tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah KPM atau KPT.

"Untuk penempatan di sekolah, saya mempersoalkan mengapa perlu diberikan keutamaan kepada IPG berbanding IPTA. Saya berpendapat sepatutnya KPM melihat kualiti yang ada dalam diri seseorang bakal guru tersebut tanpa mengira sama ada mereka keluaran IPG mahupun IPTA,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan upsikini.

Dalam hal berkaitan, Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan menimbulkan keraguan mahasiswa pendidikan IPTA mengenai status penempatan mereka.

sama-samalah kita memikirkan apa yang hendak dibuat dalam tempoh tersebut sebolom kita dipanggil untuk dipostingkan.

Sunday, December 27, 2009

WELCOME BACK TO UPSI



ASSALAMUALAIKUM,

selamat datang kepada pelajar-pelajar baru ambilan disember dan tidak lupa juga kepada pelajar lama,selamat kembali ke UPSI.mudah-mudahan dengan kedatangan semua akan memeriakan lagi suasana UPSI.mulakan dengan niat yang betul,semoga beroleh keberkatan kelak.
Related Posts with Thumbnails