"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA

hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Thursday, December 31, 2009

RINTIHAN MAHASISWA UPSI

Tanjong Malim, 31 Dis - Mahasiswa pendidikan UPSI,mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan yang dinyatakan di dalam akhbar hari ini.

Beliau hari ini menyatakan, Institut Pendidikan Guru (IPG) melatih guru-guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Katanya , "keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan."

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Nik Azrul Nik Kamaruddin ketika ditemui berkata, tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri apatah lagi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahasiswa pendidikan di IPTA lain seperti anak tiri kepada KPM.

"Sebagai mahasiswa pendidikan di IPTA, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana IPTA juga melatih bakal guru yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran terutama di masa hadapan.

"Jika beliau berpendapat kursus pendidikan di IPTA kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta, saya menyarankan agar kursus pendidikan yang ditawarkan di semua IPTA dikurangkan pengambilannya atau tutup sahaja kursus pendidikan di IPTA,” katanya lagi.

Bagi penempatan sekolah pula, saudari Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI berpendapat bahawa sepatutnya Kementerian Pelajaran perlu lebih mengutamakan kualiti bakal guru tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah KPM atau KPT.

"Untuk penempatan di sekolah, saya mempersoalkan mengapa perlu diberikan keutamaan kepada IPG berbanding IPTA. Saya berpendapat sepatutnya KPM melihat kualiti yang ada dalam diri seseorang bakal guru tersebut tanpa mengira sama ada mereka keluaran IPG mahupun IPTA,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan upsikini.

Dalam hal berkaitan, Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan menimbulkan keraguan mahasiswa pendidikan IPTA mengenai status penempatan mereka.

sama-samalah kita memikirkan apa yang hendak dibuat dalam tempoh tersebut sebolom kita dipanggil untuk dipostingkan.

Sunday, December 27, 2009

WELCOME BACK TO UPSI



ASSALAMUALAIKUM,

selamat datang kepada pelajar-pelajar baru ambilan disember dan tidak lupa juga kepada pelajar lama,selamat kembali ke UPSI.mudah-mudahan dengan kedatangan semua akan memeriakan lagi suasana UPSI.mulakan dengan niat yang betul,semoga beroleh keberkatan kelak.

Friday, November 13, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Thursday, November 12, 2009

PEMBERITAHUAN!!!!!!!

Kepada semua pengunjng blog ni.diharapkan bersabar kerana article dan juga penulisan tidak dapat dipostkan dalam masa ini disebabkan ada beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakan.namun blog ini akan terus bersama anda.proses kenaikan taraf blog ini sedang giat dilakukan.diharapkan pengunjung banyak-banyak bersabar.kepada semua teman-teman yang sedang menghadapi peperiksaan akhir diucapkan selamat berjaya menempuhnya.mudah-mudahan kita semua beroleh kejayaan kelak.Maafkan diri ini jika ada melakukan kesilapan.jangan lupa nantikan kemunculan blog ni dalam mode yang sedang dinaik taraf..

Thursday, October 8, 2009

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Tuesday, October 6, 2009

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL.

KAMAR-KAMAR DI SYURGA

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" sama-sama kita hayati dan fikir2 kan.

renungan buat semua

salam..buat sahabat-sahabat semua, gunakan facebook, blog,friendster dll yang anda miliki dengan melakukan sesuatu yang boleh menyumbang untuk islam.sekadar peringatan untuk diri ini dan teman2 semua.tanda-tanda akhir kiamat sudah pn muncul satu persatu..tidakkah kita mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku..mudah-mudahan pengajaran yang diberikan oleh ALLAH SWT kita ambil ia sebagai iktibar. secara pandangan peribadi saya lah, kita kurang bercakap tentang islam, malahan kita lebih suka bercakap hal2 yang kosong,ala2 maksiat,,apakah kita tidak bersyukur dengan nikmat2 ALLAH?kalau ad, apa,mana,bagaimana kita mengucapkan syukur kpd PENCIPTA kita,adakah sekadar solat 5 waktu sahaja?

ssunguhnya teman2, kita banyak dosa dengan ALLAH, xmalukah kita????teman2 kena ingat, apa sebenarnya kita di utuskan ke dunia ini..adakah sekadar tinggal saja2 atau ada tujuan lain?ini yang perlu kita fikirkan untuk memastikan ramai lg diluar sana yang masih di awan-awanan, terpinga2 mencari identi yang sebenarnya, masih hanyut dng perkara2 yang melalaikan, jganlah kita lupa!!!!!!!!ALLAH sentiasa memerhati gerak geri kita. maner janji kita yang di ikrarkan semasa solat???mana teman2???/adakah kita lupa?????

teman2 kita banyak BOHONG Kpd ALLAH...XMALU ke kita????marilah sama2 kita berubah, mudah-mudahan dengan sedikit peringatan ini, dapat menyedarkan diri sy sendiri dan khususnya buat teman2 semua. sebagaimana Firman ALLAH, dalam surah al-imran yang bermaksud "berpenganglah kamu semua dengan tali ALLAH dan jangan lah kamu berpecah belah".mudah-mudahan kita mengambil pengajaran dari peristiwa yg dh berlaku untuk kita jadikan ia sebagai nilai muhasabah kita seharian. dan sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain..sesungguhnya ALLAH berfirman dalam surah az-zariyaat ayat 55 yang membawa maksud "dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang2 mukmin"..sama2 kita renung dan hayati keindahan agama Allah ini.sekian,Wallahu'lam...

Gempa: Sumbangan jangan lupa kepada pelajar Malaysia

capaian dari berita harian online:

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi meminta segala sumbangan dan derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia supaya tidak mengetepikan pelajar Malaysia yang turut menjadi mangsa bencana itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Dialog Industri Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Khaled berkata, beliau akan turut menyampaikan nota kaki mengenai masalah pelajar Malasia di Padang dalam mesyuarat Kabinet esok. Beliau juga berkata, kementeriannya akan memisahkan Jabatan Kolej Komuniti dan Politik dalam usaha penjenamaan semula dan transformasi kepada institusi pendidikan itu.

Monday, October 5, 2009

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

• 1. Firdaus
• 2. Syurga 'Adn
• 3. Syurga Na'iim
• 4. Syurga Na'wa
• 5. Syurga Darussalaam
• 6. Daarul Muaqaamah
• 7. Al-Muqqamul Amin
• 8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

• 1. Neraka Jahannam
• 2. Neraka Jahiim
• 3. Neraka Hawiyah
• 4. Neraka Wail
• 5. Neraka Sa'iir
• 6. Neraka Ladhaa
• 7. Neraka Saqar
• 8. Neraka Hutomah

15 bukti keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

MAKANAN DARI HASIL TILIK

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"
Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.

Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."

"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Friday, October 2, 2009

TAHNIAH BUAT EXCO KEBAJIKAN PERSATUAN MAHASISWA SAINS

ASSALAMUALAIKUM BUAT MT/EXCO PMS...

Semoga ijtimak eidul fitri PMS esok berjalan dengan lancar dan dirahmati oleh ALLAH SWT. semoga sedikit usaha kamu semua akan dinilai oleh ALLAH SWT sebagai saham di akhirat kelak. jutaan terima kasih buat exco kebajikan pms yang bertungkus lumus bagi memastikan majlis esok berjalan dengan lancar.

Wednesday, September 30, 2009

MEMO PEMBERITAHUAN

Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa FST (major n minor FIZIK), PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI, akan mengadakan program "SIMPOSIUM HALATUJU PENDIDIKAN FIZIK DI MALAYSIA "

Butir-butiran program adalah seperti berikut :

TARIKH : 3 OCT 2009
MASA : 7.45AM-2.30PM
TEMPAT : BILIK INTERAKSI BANGUNAN BITARASISWA

PEMBENTANG KERTAS KERJA :

1) PROF.MOHD YUSOF B HJ OTHMAN
2) PROF.LILIA BT HALIM
3) DR.JAAFAR B JANTAN

*CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN
*PELAJAR SEMESTER 5 DIWAJIBKAN HADIR
*SIJIL DISEDIAKAN

KERJASAMA JHEP UPSI DAN FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

Wednesday, September 16, 2009




Assalamualaikum Wbt.

Kepada sahabat-sahabiah,

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat ILLAHI, dengan nikmat islam dan iman yang diberikan dapat kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya yang bersyukur. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan syawal yang penuh dengan kemenangan setelah sebulan berjihad dijalan Allah SWT. Dikesempatan ini, Saya insan yang bernama NIK AZRUL NIK KAMARUDIN & KELUARGA ingin memohon MAAF kepada sahabat-sahabiah semua jika diri ini pernah melakukakn kesilapan sama ada yang disedari mahupun tidak disedari ketika kita berada bersama ataupun ketika berjauhan. Mudah-mudahan Puasa & Raya tahun ini memberi makna kepada kita semua. Akhir kata, saya mengucapkan selamat bercuti, selamat menghabiskan sisa-sisa puasa dan selamat berhari raya yang bakal tiba kepada MT/EXCO-EXCO PMS,SAHABAT SEPEJUANGAN,HOUSEMATE LAMA/BARU,SAHABAT UPSI,UUM,UITM,USM,UKM,UTM,UNIMAP,UMP,UNITEN,UTEM,UMS,UNIMASUDM,UMT,UM,IPG,KMPP, dan seluruh yang mengenali diri ini.

Salam Perantauan,

NIK AZRUL NIK KAMARUDIN

Sifat-sifat asasi pendidik

1. Ikhlas
a. Taqwa asas keimanan dan pokok pengajaran Islam
b. Taqwa merupakan syarat penerimaan sst amalan
c. Al-Baiyinah:5,Al=Kahfi:110
d. Bersihkan niat dan tujukan semata-mata kerana Allah

2. Taqwa
a. Bimbangkan siksa Allah dengan mengawasi diri secara terus-menerus
b. Secara rahsia atau terang-terangan
c. Menempa yang halal dan menjauhi yang haram
d. Taqwa seumpama melalui jalan yang penuh duri
e. Al-Imran :102,Al-Ahzab:70,Al-Hayr:18,Al-Haj:1,At-Thalaq:2-3

3. Ilmu
a. Tahu urusan halal dan haram
b. Faham prinip2 akhlaq, peraturan Islam yang umum
c. Bijaksana dan tahu meletakkan ssy perkara pada tempatnya
d. Berusaha menambahkan ilmu yang memberi manfaat
e. Mempelajari prinsip2 pendidikan Islam yang baik
f. Az-Zumar::9,Al-Mujadalah:11,Taha:114

4. Suka Memaafkan
a. Sederhana dan suka memaafkan
b. Belas kasihan dan merendah diri
c. Kawal diri supaya tidak selalu marah atau bersungut
d. Al-Imran:134,As-Syura:43,Fushilat:34



Rujukan : Pendidikan Anak-anak Dalam Islam ; Dr Abdullah Nasih Ulwan

KATA-KATA MOTIVASI

Petikan dari buku BERANI GAGAL

- Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)

- Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)

- Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

- Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai
(Helen Keller)

- Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)

- Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)

- Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)

- Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)

- Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)

- Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)

- Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)

- Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar

- Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan
(Thomas Watson - IBM)

- Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan

- KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
Adalah hakku untuk menjadi berbeza
Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
Aku ingin mengambil risiko terhitung

• Bukannya pada kebisingan di jalan yang riuh. Bukannya di tengah teriakan dan sorakan yang ramai. Melainkan pada diri kita sendirilah terdapat kemenangan dan kekalahan (Henry Wadsworth Longfellow)

• Titik pangkal setiap peningkatan adalah keyakinan terhadap diri sendiri (Sidney Newton Bremer)

• Kejayaan dalam berbagai usaha mempunyai akar mendalam pada sikap, bukan pada bakat (Sidney Newton Bremer)

• Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi (Sidney Newton Bremer)

• Rahsia kejayaan terletak pada ketetapan dalam tujuan (Benjamin Disraeli)

• Semakin baik rancangan anda, akan membuat anda semakin bersedia untuk mecapai sasaran anda (Sidney Newton Bremer)

• Nilai sesungguhnya dari seorang manusia ditentukan oleh tujuan (niat) yang dikejarnya (Marcus Aurelius)

• Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti (Napoleon Bonaparte)

• Dengan cara setengah-setengah orang tidak akan sampai ke mana pun (Cervantes)

• Manusia adalah seperti apa difikirkannya dalam hati (Raja Sulaiman)

• Disiplin diri adalah keajaiban yang mengubah usahawan biasa menjadi raksasa penjualan (Sidney Newton Bremer)

• Apapun yang anda inginkan untuk dijadikan kebiasaan anda, proktikkan dan bila anda tidak menghendaki sesuatu menjadi kebiasaan anda, jangan proktikkan melainkan biasakan diri anda pada hal yang lain (Epictetus)

• Lakukan kepada semua orang seakan-akan sedang menghadapi tetamu terkemuka (Konfusianisme)

• Dengan memberilah dan bukannya menerima, kita boleh menjadi kaya (Henry Ward Becher)

• Sumbangan yang terbaik bagi kemanusiaan adlah membantu orang lain supaya mereka dapat menolong diri sendiri (Sidney Newton Bremer)

- Reactive people are often affected by their physicac env. aaaa

Saturday, September 12, 2009

SALAM AKHIR RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM?

buat sahabat-sahabiah semua, semoga kita terus istiqomah dalam mengerjakan ibadah yang kareem ini dimana sama-sama kita berusaha mencari malam yang kita impi-impikan iaitu malam "AL-QADR". mudah-mudahan kita menemui dan mencari malam tersebut yang menjanjikan gandaan pahala yang berganda.

Friday, September 11, 2009

Malam seribu bulan....

"Verily! We have sent it (this Qur'aan) down in the Night of Decree
(Lailatul-Qadr). And what will make you know what the Night of Decree
is? The Night of Decree is better than a thousand months. Therein
descend the angels and the Rooh (i.e. Gabriel) by Allaah's Permission
with all Decrees, Peace! until the appearance of dawn."
Al-Qadr 97 : 1-5

Bismillahirahmanirrahim…

Alhamdulillah.segala puji dan syukur kehadrat Allah Subhanahu wataala yang masih lagi memberikan keizinan kepada hambaNya ini nikmat untuk hidup dalam iman dan Islam dan masih lagi diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian dengan sebaiknya.Walaupun tika ni cukup memenatkan.tidak lupa juga selawat dan salam kepada rasul junjungan,kekasih Allah dan seluruh umat Islam yang mengasihi Allah dan rasulnya.yang telah mengorbankan segala jiwa dan raga untuk membawakan nikmat Iman dan Islam ni ke segenap sanubari insan yang bernama manusia di muka bumi ini.

apa khabar ikhwah akhawat sekalian. Alhamdulillah .moga2 semuanya sihat ceria selalu menikmati rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang bulan Ramadhan yang dirahmati ni.sekejap jer dah masuk dah kita sekarang di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan ni. Rugi nyer rasanya bila difikirkan hari2 yang sebelum ni tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. Peluang yang Allah berikan untuk melipat kali gandakan amal kebajikan kita hingga 700 kali ganda tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaiknya kerana perkara2 yang mungkin tidak begitu penting untuk dilakukan. Begitu jugaklah dengan amalan2 sunat yang dijanjikan Allah akan diberikan ganjaran seperti pahala amalan fardhu sepanjang bulan yang diberkati ni. Alangkah ruginya kita kan ikhwah. Apapun kita tak sepatutnya membiarkan masa yang ada begitu sahaja ikhwah dengan berfikir saja tentang perkara2 yang berlalu. Perkara yang dah berlaku. Sebaliknya gunakan masa yang masih ada ni untuk terus beramal dan beramal. Berusahalah juga untuk mencari malam yang telah dijanjikan oleh Allah ni, iaitu malam yang lebh baik daripada 1000 malam itulah malam lailatul Qadar. Nilah peluang terkhir yang perlu kita gunakan ikhwah. Moga kita akan deberikan oleh Allah untuk beramal pada malam yang mulia ni insyaAllah…. Sama2 kita berdoa ikhwah.

Lailatul Qadar dalam pencarian….

bila bercakap tentang malam “lailatul Qadr” ni banyaklah ayat2 alQuran dan hadith2 Rasulullah SAW yang menceritakan tentang keutamaan dan kelebihan beramal dimalam ni. Antaranya kelebihannya yang lebih baik daripada seribu bulan dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu bagi mereka yang menghidupkan malam ni dengan iman ….

"Whoever stands in (Prayer) in Lailatul-Qadr out of Eemaan and seeking reward then his previous sins are forgiven." (Bukhari)

Dan banyak lagi kelebihan2 nya yang lain. Bayangkan ikhwah lebih baik daripada seribu bulan. Bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Umu kita pun belum tentu boleh sampai keangka itu atau tidak. Alangkah beruntungnya kita kalau dapa beribadat pada malam tersebut, walaupun sekejap. Apa lagi kalau dapat menikmatinya setiap tahun. Bersamalah kita berdoa dan mencari malam yang mulia ni. Malam yang padanya diturunkan oleh Allah Al Quran dari luh mahfuz ke baitil Izzah atau langit dunia.


Emmm banyak jugak hadith2 rasulullah yang menganjukan kita mencari malam lailatul qadr ni dari 10 malam terakhir bulan ramadhan dan pada malam yang ganjil seperti 21,23,25,27 dan 29. Ha malam ni dah malam ke 23 cuba ikhwah semua intai2.ntah2 malam ni kot malamNya. Pepun walaupun tak berjumpa dengan malam tu. Tak rugi kalau kita tetap beramal pada malam2 bulan Ramadhan ni.yang pastinya setiap amalan yang dilakukan padanya tetap digandakan olehNya walaupun tak sehebat ganjaran pada malam lailatul Qadr tu. Pepun beramallah ikhwah beramal dan beramallah. Bagi mereka yang berkesempatan bangunkanlah malam2 ni dengan amalan2 bacaan Al Quran dan Qiammulail dan sebagainya kerana Rasulullah sendiri mengejutkan ahli keluarga baginda untuk berqiammulail untuk mencari malam lailatul qadr ni.

"The Prophet SAW used to tighten his waist-wrapper (izaar) - (meaning detached himself from his wives in order to worship, and exerted himself in seeking Lailatul-Qadr), spend the night in worship, and wake the family in the last ten nights." (Bukhari, Muslim)

Moga Allah akan mudahkan dan memilih kita semua dari hambaNya yang diberikan kesempatan dan kekuatan untuk menghidupkan malam lailatul qadr ni insyaAllah…
mudah-mudahan kita semua menjadi salah seorang dari tetamu lailatul Qadr. sesungguhnya pesanan di atas adalah khas untuk insan yang fakir ini dalam mencari kasih sayang Sang Pencipta.Ya Allah tanamkan dalam diri hambamu ini sifat-sifat yang Engkau Muliakan dan hindarkan diri ini dari segala kemungkaran yang membolehkan diri ini lalai dari mengingati Mu..Sesungguhnya diri ini amat merindui dan dahagakan kasih dan sayang dari Mu.Ku memohon seinfiniti keampunan dariMU Ya Rabb.

kecantikan lelaki

Kecantikan Lelaki... Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal,
tetapi pada murni rohani Lelaki yang cantik... ... Adalah lelaki yang mampu
mengalirkan air mata untuk ingatan, Adalah lelaki yang sedia menerima segala
teguran, Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun, Adalah lelaki
yang tenang dan lapang dada, Adalah lelaki yang baik sangka dan, Adalah lelaki
yang tak pernah putus asa. Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemulian hati, Seluruh
kecantikkan yang ada pada Muhammad yang ummiyi, Adalah kecantikkan yang sempurna
seorang lelaki.


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati
kerana anda.

2. Sekurang- kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda
dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin
menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati
anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda
yang meminggirkan mereka........

Diari hati seorang lelaki

WaNiTa IdaMaN.......
Wanita yang aku sayangi Adalah pencinta tuhannya Yang mengalir
cinta, takut dan harap Yang menguasai perjalanan
penghidupannya Dari waktu ke waktu Dari hari ke hari Sehingga
perjanjian Di antara jasad dan nyawanya Berakhir.... Wanita
yang aku rindui Adalah wanita yang dimata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Illahi Lidahnya basah dengan zikrullah Di
sudut hati kecilnya Sentiasa membesarkan Allah Wanita yang aku
cintai Yang menutup auratnya Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi Wanita yang aku impikan Adalah yang
mendekatkan Hatiku yang telah jauh Kepada Ar Rahman dan Ar
Rahim.

Namun aku tidak ada di sana Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Wanita yang aku kasihi Yang bersyukur pada apa yang ada Yang
bersabar pada apa yang tiada Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda Wanita yang aku sukai Menjadi dian
pada dirinya sendiri Menjadi pelita untuk putera-puteriku Yang
bakal dilahirkan Untuk menyambung Perjuanganku di belakang
hari Sesungguhnya Wanita yang selalu Berada di dalam doaku
Adalah dirimu....Mujahadah Sejati

Thursday, September 10, 2009

CABARAN PEMUDA MASA KINI...

Pemuda yang dihormati sekelian !!

Cabaran – cabaran masa kini yang dihadapi oleh ummat Islam, sama ada cabaran itu disedari atau tidak ?

Dalam keadaan kita yang serba lemah inilah, cabaran getir datang menguji . Tersilap langkah bererti musnah dan binasa .

Cabaran i : Kejahilan ummah .
Mereka keliru dlm mencari pedoman hidup. Hak disangka bathil dan bathil pula disangka hak. Pesta khurafat dianggap tradisi warisan dan pesta maksiat pula dianggap budaya .

Cabaran ii: Serangan aqidah .
Ia dipusatkan kpd aqidah dgn mereka mengemukakan program westernisasi dan aqidah sifar. Serangan ini dikemudi secara global dgn menggunakan semua prasarana yg ada termasuklah mengambil kesempatan melalui kemajuan teknologi maklumat .

Cabaran dan serangan ini amat b’kesan disaat ummat Islam t’kial – kial m’cari identity sebenar diri mereka sebagai ummat yang terbaik, tambahan pula peratus ummat Islam yang jahil berada di bawah paras merbahaya .

Cabaran iii: Munafiq
Wujudnya golongan yang berpakaian dan berbahasa sama dengan orang Islam ttp m’jadi boneka musuh Allah swt. Warna kulit, bangsa, budaya, bahasa dan ugama yg sama dgn kita namun malang 1001 kali malang , krn merekalah yg bertanggungjawab memainkan watak barat dan syaitan.


“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah”.
Surah Al Baqarah . Ayat : 14 – 16

Cabaran iv: Sikap Ummat Islam .
Tidak prihatin terhadap isu dan malapetaka yang menimpa ummat Islam . Mereka tidak mengenal musuh dan akhirnya terperangkap dalam konspirasi musuh yang sangat licik . Malah mereka menjadikan kawan seperjuangan sebagai musuh . Yahudi dan barat pula dianggap kawan . Walhal Allah swt. telah mengajar .

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Surah Al Hujurat . Ayat : 10


Cabaran v: Ruang yang terlalu sempit untuk perlaksanaan syariat .

Kesempitan ini amat terasa apbila ulama’ tidak diberi laluan selesa utk menyebarkan agama Allah swt. Hanya dibenarkan idea dan ilmu yg tidak menyentuh sentimen ummat Islam . Sementara suara yang menghina Islam bebas berkumandang secara terbuka , jelas dan nyata bertentangan dengan prinsip dan nilai akhlak Islam .

Persoalan agama dan hukum tidak lagi dirujuk kepada para ulama’ yang muktabar , tetapi menjadi rujukan mereka ialah wartawan yang tidak berpegang dan beramal dengan prinsip ilmu dan amal Islami .

Pemuda sekelian !!

Saya gariskan 5 cabaran di sini sebagai gambaran asas rupa wajah cabaran yang dihadapi oleh ummat Islam . Sememangnya cabaran terlalu banyak dan kita tidak berupaya untuk menanganinya dalam keadaan ummat Islam menghadapi krisis keyakinan dan identity mereka yang teruk .
Kita hanya selamat andai kita giat dan gigih mengembalikan semula empayar Islam atau khilafah Islamiyyah sebagaimana yang diasaskan oleh nabi kita Muhammad saw. Kita tidak mempunyai pilihan lain sekalipun kita terpaksa berbelanja besar . Suatu belanja yang tidak terhad kepada wang ringgit tetapi juga kita terpaksa membelanjakan darah dan nyawa kita demi mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah .

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.

Surah At Taubah . Ayat : 111

Bila Aku Jatuh Cinta..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau tahu hati-hati ini
berhimpun dalam cinta padamu
telah berjumpa dalam taat padamu
telah bersatu dalam dakwah padamu
telah berpadu dalam syariat mu
Teguhkanlah Ya Allah ikatannya
kekalkanlah cinta kasihnya
tunjukilah jalan-jalannya
penuhilah dengan makrifat kepadamu
matikanlah ia dalam syahid dijalan-Mu
Sungguh engkau sebaik-baik penolong

Ya Allah, kabulkanlah dan sampaikanlah shalawat
kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW
kepada keluarga, para sahabat, dan juga sampaikanlah salam kami.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.


Di mana cantiknya seorang muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Wednesday, September 9, 2009

CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.
Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.
Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "

riwayat Attarmizi
Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)
maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya(sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.
Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam
Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah(berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

(("Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah
Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.
Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim
Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

doaku untukmu teman

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

akhlak mulia

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi
hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku
jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu
tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan
tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar
tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya
hingga menjelang Rasulullah SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak
ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi
buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau
bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku (Muhammad) yang
belum aku kerjakan?".
Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai Ayah, engkau adalah seorang
ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan
kecuali
satu sunnah saja".
"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata
Aisyah
r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan
memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya,
si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu?".
Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan!, engkau bukan orang
yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu, "Apabila ia datang
kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku dengan
lembut", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku
adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia
adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun ikut menangis,
kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya,
memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan
membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia..."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

10 perkara sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Saturday, September 5, 2009

Hikmah sujud

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan :

3- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

4- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

5- Melegakan sakit hernia.

6- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

7- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

8- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

9- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

10- Meringankan bahagian PELVIS.

11- Memberi dorongan untuk mudah tidur .

12- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

13- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

14- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

15- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

16- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

17- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

18- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

19- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

renungan buat semua

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

jenaka 3B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi,
pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'
yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang...
saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

jenaka

MENIRU

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan
kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan
sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu
menuduh begitu?
Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim:A.SAMAD SAID
Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam:Laa...jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku
kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah
tentu
ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua:Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan:Di mana A.Samad Said dilahirkan! ?
Jawapan Azim:SINGAPURA
Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid
sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak
saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang
sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!

mutiara kata

Hati seorang mukmin itu:
Buminya - makrifah.
Langitnya - iman


Mataharinya - rindu.
Bulannya - cinta.
Bintangnya - buah fikiran.
Tanahnya - kemahuan.
Dindingnya - keyakinan.
Awannya - akal.
Hujannya - rahmat.
Pohonnya - ketaatan.
Buahnya - hikmah.

Dan ia mempunyai empat tiang iaitu:
Tawakal,
Sabar,
Yakin,
Kemuliaan.

Padanya jua ada empat pintu iaitu:
Ilmu,
Akhlak mulia,
Redha,
Tabah

Friday, September 4, 2009

Mujahadah

Saidina Umar r.a pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu dengan jalan menghidupkan semalam suntuk sebagai penebus solat jemaah yang ditinggalkan tadi.

Cara untuk mengajar jiwa supaya patuh kepada perintah dan kemahuan diri ialah dengan berkawan dengan orang-orang yang dapat dikategorikan sebagai hamba Allah yang bersungguh-sungguh dalam solat dan tekun beribadah.

3 perkara yang mengembirakan Abu Darda’:

1. Merasa selalu haus untuk memperolehi keredhaan Allah dengan jalan meninggalkan apa yang dicegah olehNya

2. Bersujud kepada Allah Ta’ala di tengah malam

3. Berkumpul di majlis kaum yang sentiasa memilih ucapan-ucapan yang bagus, sebagaimana dipilihnya apa-apa yang terbaik dari kumpulan kurma

Bila jiwa kamu nampak hendak melarikan diri dari kemahuan kamu yang nyata baik dan terpuji, atau menolak untuk diajak tekun dan mengekalkan peribadatan, maka jalan yang satu-satunya yang lebih wajib ditempuh ialah memperhatikan dan meneliti hal-ehwal mengenai keadaan dan perilaku kaum salaf solehin atau orang-orang terdahulu yang soleh.

Kamu wajib mencela dan menyalahi diri sendiri, dan memprovok pemikiran dan lintasan hati kamu yang berbuat salah dan sesat tadi, dan sebagai gantinya wajiblah kamu membawa dan mengajak jiwa dan nurani anda untuk melakukan ketekunan dan kesungguhan hati. Kamu akan dianggap mengerjakan kemaksiatan dan kekeliruan, apabila kamu tidak mahu mencemuhkan, mengolok-olok jiwa dan diri kamu sendiri, juga keliru pula manakala kamu tidak menunjukkan mana yang perlu diketahui perihal keburukan pandangan jiwa kamu yang salah itu.

MUHASABAH

• Hai orang yang beriman! Takutlah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa memerhatikan apa yang dikirimkannya terlebih dahulu untuk hari esok (Al-Hasyr 18)

• Lakukanlah muhasabah pada dirimu sendiri sebelum kamu semua dihisab. Juga letaklah dirimu di atas neraca sebelum kamu semua diletakkan di atas neraca ( Umar Al Khattab)

• Taubat ialah melihat dan memperhatikan apa yang telah dikerjakan setelah selesainya, kemudian merasa menyesal atas perbuatannya.

• Umar memukul kedua tapak kakinya dengan cemeti pada setiap malam dan berkata kepada dirinya sendiri “Apa yang telah kamu kerjakan pada hari ini”.

• Maimun bin Mahran berkata: Seseorang hamba itu tidak dapat dimasukkan dalam golongan orang yang bertaqwa, sehingga ia membuat muhasabah pada dirinya sendiri lebih teliti daripada kawannya yang juga membuat muhasabah pada dirinya.

• Abu Talhah menyerahkan kebunnya sebagai sedekah kerana tergoda oleh seekor burung yang mempersonakan penglihatannya semasa mengerjakan sembahyang.

• Al-Hasan berkata: Seorang mukmin itu tidak akan dijumpai melainkan ia mencela pada dirinya sendiri.

• Sebagai seorang hamba yang taat pada agama, kamu mestilah pada permulaan hari menyediakan waktu yang ada di dalamnya kamu mengadakan persyaratan terhadap diri kamu sendiri yang diharapkan akan menjadi suatu wasiat atau pesan, agar segala yang kamu amalkan senantiasa berdasarkan kebenaran.

• Demikian juga ada waktu petang, kamu mestilah menyediakan waktu yang tententu, dan di saat itulah kamu menuntut pertanggungjawab serta melakukan muhasabah perihal segala yang telah kamu kerjakan sejak pagi sampai petang hari itu.

• Kamu hendaklah memaksa jiwa kamu melakukan yang baik-baik dan berpahala seperti solat sunat, bersedekah lebih daripada biasa, lebih bersopan santun sesama manusia.

• Sekiranya kamu menyimpang dari kebenaran dan melakukan maksiat hendaklah kamu ingat dengan penuh keinsafan bahawa perbuatan kamu itu akan ada balasannya dan hendaklah kamu menyesal dan mencemuh diri kamu sendiri lalu bertaubat dan berjanji dalam hati dan jiwa kamu tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

• Kamu wajib marah pada diri kamu sendiri atas kelalaian yang sudah terlanjur dilakukan.

• Kamu mestilah menuntut pada diri sendiri agar senang dan gemar memberikan jawapan yang benar dalam segala hal, baik yang datang dari sendiri atau dari orang lain.

12 Langkah Agar Puasa Kita Sempurna

Agar puasa kita dapat sempurna ada beberapa tips yang mesti kita perhatikan. Untuk itu di sini dikutip sebuah tulisan dari Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Jarullah dalam buku beliau yang berjudul Risalah Ramadhan tentang langkah-langkah mencapai kesempurnaan ibadah puasa yang berisikan:

1. Makanlah sahur, sehingga membantu kekuatan badanmu selama berpuasa. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Makan sahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah." (HR. Bukhari dan muslim)

"Bantulah (kekuatan badanmu) untuk berpuasa di siang hari dengan makan sahur, dan untuk solat malam dengan tidur siang ". (HR. Ibnu Khuzaimah)

2. Akan lebih utama jika makan sahur itu diakhirkan waktunya, sehingga mengurangi rasa lapar dan haus. Hanya saja harus hati-hati untuk itu anda hendaknya telah berhenti dari makan dan minum beberapa minit sebelum terbit fajar, agar anda tidak ragu-ragu.

3. Segeralah berbuka jika matahari benar-benar telah tenggelam. Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda :
"Manusia senantiassa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur" (HR. Al Bukhari, Muslim dan At Tirmidzi)

4. Usahakan mandi dari hadas besar sebelum terbit fajar, agar boleh melakukan ibadah dalam keadaan suci.

5. Manfaatkan bulan ramadhan dengan sesuatu yang terbaik yang pernah diturunkan di dalamnya, yakni membaca Al Quran.

"Sesungguhnya Jibril alaihis salam selalu menemui Nabi sallallahu alaihi wa salllam untuk membacakan Al Quran baginya."
(HR. Al Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu)
Dan pada diri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada teladan yang baik bagi kita.

6. Jagalah lidahmu dari berdusta, mengumpat, mengadu domba, mengolok-olok serta perkataan mengada-ada. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap puasanya dari makan dan minum." (HR. Al Bukhari)

7. Hendaknya puasa tidak membuatmu keluar dari kebiasaan. Misalnya cepat marah dan emosi hanya karena sebab yang kecil, dengan berrdalih bahwa engkau sedang puasa. Sebaliknya, mestinya puasa membuat jiwamu tenang, tidak emosional. Dan jika anda diuji dengan seorang yang jahil atau pengumpat, ia jangan anda hadapi dengan perbuatan serupa. Nasihatilah dia dan tolaklah dengan cara yang lebih baik. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
(HR. Al Bukhari, Muslim dan para penulis kitab Sunan)
Ucapan itu dimaksudkan agar ia menahan diri dan tidak melayani orang yang mengumpatnya. Disamping, juga mengingatkan agar ia menolak melakukan penghinaan dan caci-maki.

8. Hendaknya anda selesai dari puasa dengan membawa takwa kepada Allah, takut dan bersyukur kepada-Nya, serta senantiasa istiqamah dalam agama-Nya. Hasil yang baik itu hendaknya mengiringi anda sepanjang tahun. Dan buah paling utama dari puasa adalah takwa, sebab Allah berfirman: "Agar kamu bertakwa"(Al-Baqarah: 183).

9. Jagalah dirimu dari berbagai syahwat (keinginan), bahkan meskipun halal bagimu. Hal itu agar tujuan puasa tercapai, dan mematahkan nafsu dari keinginan. Jabir bin Abdillah Radhiyallahu 'Anhu berkata:

"Jika kamu berpuasa, hendaknya berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan dosa-dosa, tinggalkan menyakiti jiran tetangga, dan hendaknya kamu senantiasa bersikap tenang pada hari kamu berpuasa, jangan pula kamu jadikan hari berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa".

10. Hendaknya makananmu dari yang halal. Jika kamu menahan diri dari yang haram pada selain bulan Ramadhan maka pada bulan Ramadhan lebih utama. Dan tidak ada gunanya engkau berpuasa dari yang halal, tetapi kamu berbuka dengan yang haram.

11. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat kebajikan. Dan hendaknya kamu lebih baik dan lebih banyak berbuat kebajikan kepada keluargamu dibanding pada selain bulan Ramadhan. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan ketika di bulan Ramadhan.

12. Ucapkanlah Bismillah ketika kamu berbuka seraya berdo'a:
"Ya Allah, karena-Mu aku berpuasa dan atas rezeki-Mu aku berbuka. Ya Allah terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Wednesday, September 2, 2009

Fadhilat taubat

Pastinya orang yang bertaubat dengan taubat nasuha daripada segala dosanya akan diganjari syurga di akhirat kelak sebagaimana disebutkan dalam ayat ke-112, surah at-Taubah sebelum ini. Taubat ternyata menjadi amalan pendinding daripada bahang dan bara neraka lantara taubat dapat melupuskan bintik dosa dan noda yang menjadi asbab kepada kemurkaan Allah dan pembalasan azab-Nya. Dalam ayat ke-10, surah al-Buruj, Allah mensyaratkan golongan yang menyakiti, menyiksa dan mendera orang-orang beriman agar bertaubat kepada-Nya supaya tidak dihumbankan ke dalam api neraka.

Air mata orang-orang yang bertaubat pula merupakan suatu bonus – penyelamat daripada bahang dan julang api neraka. Selain itu, ‘golongan yang menangis ketika sunyi kerana takutkan Allah’ merupakan golongan ke-7 yang akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat kelak (HR al-Bukhari dan Muslim).Orang-orang yang bertaubat (at-taibun) dan sering memohon keampunan kepada Allah pula bukan sahaja dijamin oleh Allah daripada azab di akhirat malah daripada azab di dunia. Dalam hal ini Allah berfirman dengan maksud: “Tidaklah Allah akan menyiksa mereka selama engkau (Muhammad) berada di
tengah-tengah mereka dan tidak sekali-kali Allah menurunkan bencana kepada mereka, sedangkan mereka meminta ampun.” (al-Anfaal: 33)

Formula taubat dapat menjauhkan azab dunia berupa bala bencana dan mala petaka samada dalam bentuk individu, keluarga ataupun masyarakat. Jika sesebuah keluarga ditimpa musibah, wajarlah seluruh anggota keluarga melakukan taubat secara bersama-sama (jama’ah). Bagaimana kalau musibah itu bersifat nasional ? Selayaknya pemimpin dan seluruh rakyat memohon ampun dan bertaubat secara besar-besaran di peringkat nasional kepada Allah… Taubat juga dapat memurahkan rezeki sebagaimana sifat taqwa dan juga beberapa amalan lain seperti ziarah dan bersedekah. Firman Allah bermaksud:
"Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu', sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai'." (Nuh: 10-12).

Berdasarkan ayat di atas, Imam Al-Qurthubi berkata: "Dalam ayat ini, juga disebutkan dalam (surat Hud) adalah dalil yang menunjukkan bahawa istighfar merupakan salah satu saranan meminta diturunkannya rezeki dan hujan." Menurut al-Hafizh Ibn Kathir pula: ‘Maknanya, jika kamu bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya pasti Dia akan menambah rezeki kamu dan menurunkan air hujan serta keberkatan dari langit, mengeluarkan untuk kamu keberkatan dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kamu, melimpahkan air susu perahan untuk kamu, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kamu, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya bermacam-macam buah-buahan untuk kamu sekalian serta mengalirkan
sungai-sungai di antara kebun-kebun itu.’

Berkenaan hal fadhilat rezeki ini, Allah turut berfirman dalam surah Hud, dengan maksud: "Dan (Hud berkata), 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertaubatlah kepadaNya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'." (Hud:52).

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya.
(jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku (Hud) takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat." (Hud: 3).

Dalam ayat ke-3 surah Hud di atas, Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan: ‘Inilah buah daripada istighfar dan taubat, bahawa Allah akan memberi kenikmatan kepada kamu dengan pelbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan kemakmuran hidup serta Dia tidak akan menyiksa kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya terhadap orang-orang yang dibinasakan sebelum kalian.’

Akhirnya, ar-Rasul s.a.w. pernah bersabda dengan maksud: “Daripada Abdullah bin Abbas, berkata, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa membanyakkan istighfar nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka". (HR Imam Ahmad,Abu Dawud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Puasa Membentuk Masyarakat Islami

"Dan Apabila Hamba-HambaKU bertanya tentang Aku, maka jawablah bahwasanya Aku dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah dia memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran". (QS 2:186)

Menegakkan nilai-nilai Islam dimuka bumi ini merupakan suatu keharusan yang mesti dicita-citakan dan diupayakan secara konkrit oleh setiap muslim. Salah satu langkah awal yang harus dimulai adalah membentuk setiap muslim menjadi orang-orang yang berkepribadian Islami dan dimungkinkan dilahirkan masyarakat yang Islami, karena masyarakat terdiri dari keluarga-keluarga dan keluarga ini terdiri dari individu. Ini berarti manakala masyarakat yang Islami ingin kita wujudkan, maka langkah awal adalah mewujudkan kepribadian yang Islami pada diri seorang Muslim, dan puasa menjadi salah satu faktor penting bagi terbentuknya pribadi yang Islami itu.
Berdasarkan Al-Qur`an dan Hadits, kita bisa simpulkan bahwa puasa itu memiliki pengaruh yang sangat positif bagi perkembangan pembentukan pribadi yang Islami, hal ini karena ada beberapa fungsi utama puasa dalam kaitan ini.

1. Pakaian Taqwa

Orang yang berpuasa biasanya amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Bila ia ingin melakukan sesuatu, maka apa yang akan dilakukannya itu dipertimbangkannya matang-matang, apakah sesuai dengan keinginan Allah swt atau tidak, bila tidak maka dia tidak jadi melakukannya meskipun dia ingin sekali melakukannya karena ada keuntungan duniawi.

Karena itu orang-orang yang berpuasa diumpamakan seperti oarang yang memakai pakaian yang putih, akan dengan jelas keliatan kotor bila dia duduk ditempat yang kotor, inilah diantara makna firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa". (QS 2:183)
Dengan taqwa seorang muslim akan selalu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, baik dalam keadaan sunyi maupun ramai dan dimanapun dia berada.

2. Pelindung dari Kejahatan

Disamping sebagai pakaian taqwa, puasa juga bisa berfungsi sebagai perisai atau benteng yang melindungi seorang dari melakukan kejahatan atau kemaksiatan, apalagi setiap orang yang berpuasa memang harus menahan dan mengendalikan diri sehingga tidak menuruti begitu saja keinginan yang tidak baik dan tidak benar. Rasulullah saw bersabda:

"Puasa itu benteng, bila seseorang diantara kamu berpuasa, hendaklah ia tidak berkata kotor dan berlaku jahil. Bila ada seseorang yang memaki dengan kata-kata dan hendak diserang hendaklah ia berkata: "sesungguhnya aku berpuasa". (HR Abu Daud dan Bukhari)

Manakala seseorang berhasil mengambil didikan dari ibadah Ramadhan, tentunya masyarakat Islam akan segera terwujud, karena dengan demikian kebaikan akan selalu dikerjakan dan keburukan akan selalu dihindarinya serta hubungan yang harmonis dengan sesama anggota masyarakat akan tercipta.

3. Tradisi Taqarrub Illahi

Ibadah puasa juga mendidik seorang muslim untuk selalu merasa dekat dengan Allah swt. Dan manakala perasaan ini telah tumbuh pada dirinya, niscaya seorang muslim tidak berani menyimpang dari jalan Allah. Seluruh peribadatan didalam Islam memang telah mendidik seorang muslim untuk selalu merasa diawasi oelh Allah swt, namun ibadah puasa dengan rangkaian lainnya di bulan Ramadhan lebih kuat lagi.
Bentuk-bentuk ibadah yang mendekatkan hubungan kita kepada Allah itu misalnya Qiyamullail (Tarawih dan Witir), memperbanyak tilawah Al-Qur`an dan mentadabburi (mengkaji)-nya, i`tikaf di masjid yang membebaskan seorang muslim dari kesibukanduniawi dan sebagainya.

Manakala seorang muslim telah melaksanakan rangkaian ibadah Ramadhan, semestinya dia betul-betul merasakan kedekatan dirinya dengan Allah swt sehingga tak berani lagi melakukan kemaksiatan karena selalu dalam pengawasan Allah, selalu bersama Allah dalam hidupnya, apalagi dalam rangkaian ayat tentang puasa, Allah juga menegaskan soal ini dalam firman-Nya:

"Dan apabila hamba-hambaKU bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku dekat". (QS 2:186)
Dengan demikian kita bisa membayangkan betapa indahnya kehidupan seorang muslim manakala tradisi taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) yang telah dilakukan selama bulan Ramadhan bisa ditindaklanjuti pada sebelas bulan berikutnya hingga Ramadhan yang akan datang.
Bila tradisi taqarrub ilallah betul-betul bisa kita lanjutkan sesudah Ramadhan berakhir, niscaya masyarakat Islami betul-betul bisa terrealisasikan

4. Mendidik Keikhlasan

Allah swt menghendaki setiap muslim agar dalam beramal harus mendasarinya dengan keikhlasan. Allah tahu betapa banyak manusia yang tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu dan keikhlasan itu sendiri memang terasa berat untuk bisa dilaksanakan. Agar keikhlasan bisa kita miliki, maka Allah mendidik kita melalui ibadah puasa.
Orang yang melaksanakan berbagai ibadah lain memang dapat dilihat dengan jelas dari ucapan atau gerak-geriknya, orang yang shalat kelihatan gerak-gerik dan bacaannya, begitu juga orang yang melaksanakan ibadah haji, zakat dan sebagainya, tapi berpuasa tidaklah kelihatan, dan orang yang mau membatalkan puasa pun bisa saja melakukannya dengan sembunyi-sembunyi. Karena itu puasa amat mendidik kita untuk menjadi orang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu, karena itu pula Allah menyatakan bahwa puasa itu untuk-Nya dan berapa besar pahalanya juga dirahasiakan oleh Allah swt, Rasulullah bersabda:

"Setiap amal Bani Adam dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan menjadi sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus lipat. Allah berfirman: "kecuali berpuasa, puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Ia tinggalkan (tuntunan) hawa nafsu syahwat dan makanya semata-mata karena Aku". Orang yang berpuasa mendapat dua kebaikan, ketika berbuka dan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Bau mulut orang yang berpuasa disisi Allah lebih wangi daripada bau parfum Misik (Kesturi)". (HR Muslim).
Dengan demikian, bagi seorang muslim yang telah berpuasa, dalam melakukan sesuatu yang baik akan dilakukannya dengan penuh keikhlasan, dengan keikhlasan meskipun pelaksanaan ajaran Islam sebagai sesuatu yang berat, dia akan menjalankannya dengan perasaan ringan dan itu telah dibuktikannya melalui puasa yang berat.

5. Disiplin Dalam Berislam

Melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari, amat diperlukan kedisiplinan dan kejujuran. Meskipun seorang muslim telah merasakan lapar dan haus yang sangat, dia tidak boleh makan dan minum sebelum waktunya untuk berbuka, atau sedang asyiknya dia makan dan minum serta melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan sewaktu berpuasa, kalau waktunya sudah habis dan mulai untuk berpuasa, maka dia harus segera menghentikannya, ini namanya disiplin.

Setelah berbuka puasa dan shalat Maghrib, meskipun perut masih dalam keadaan kenyang, badan terasa lelah dan mata terasa ngantuk, karena sudah waktunya sholat Isya` dan Tarawih, maka kita lawan keinginan untuk beristirahat guna menunaikan shalat, ini namanya disiplin.

Ketika tidur melum menghilangkan ngantuk, sementara waktu untuk santap sahur sudah tiba, maka dengan senang hati kita bangun dari tidur lalu makan sahur dan selanjutnya shalat Subuh, ini juga namanya disiplin.
Bahkan waktu-waktu senggang di bulan Ramadhan tidak mau kita habiskan dengan sekedar permainan yang menghabiskan waktu secara percuma, tapi kita isi dengan tilawah dan tadabbur (mengkaji) Al-Qur`an serta mendalami ajaran Islam lainnya, inipun namanya disiplin.

Dengan demikian sebenarnya ibadah Ramadhan itu mendidik kita untuk menjadi seorang Muslim yang disiplin dalam menjalankan ajaran Islam, tidak hanya pada bulan Ramadhan, tapi juga pada bulan-bulan berikut sesudah Ramadhan. Bila kaum muslimin telah disiplin dalam menjalankan ajaran Islam niscaya terbentuklah masyarakat yang Islami.

6. Memperkokoh Hubungan Sesama

Di bulan Ramadhan, hubungan dengan sesama muslim juga harus kita perkokoh, karena itu shalat berjamaah kita relatif lebih banyak pada bulan Ramadhan, kumpul-kumpul sesama muslin juga demikian, nahkan tak segan-segan kita membantu orang yang lebih susah dari kita yang disimbolkan dalam bentuk penunaian zakat fitrah dan kesedian kita berkumpul dengan seluruh lapisan masyarakat muslim di tanah lapang dalam pelaksanaan shalat Idul Fitri.

Saling bahu membahu dengan sesama muslim juga nampak dari anjuran Rasulullah untuk memberi makan dan minum kepada orang yang berbuka puasa dan pahalanya sangat besar meskipun hanya memberikan sebutir kurma, seteguk air ataupun sesendok susu asam, Rasul saw bersabda:

"Siapa yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka ia mendapatkan pahala sebesar pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahalanya". (Ahmad)
Manakala hubungan sesama muslim telah terjalin dengan kokoh, maka masyarakat Madinah yang terdiri dari Muhajirin dan Anshar yang menjadi cikal bakal masyarakat Islam akan terwujud.

Dengan demikian manakala ibadah Ramadhan bisa kita jalani dengan sebaik-baiknya, tidaklah belebihan kalau Ramadhan itu dapat mewujudkan masyarakat yang Islami.

TINTA UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA SAINS (PMS) 09/10 UPSI “KEPIMPINAN MAHASISWA, CAKNA KEBAJIKAN”




Assalamualaikum dan Salam Kebajikan..

Alhamdulillah, lautan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat bersama-sama lagi untuk meneruskan pengajian di UPSI. Saya juga bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk terus menerajui Persatuan Mahasiswa Sains bagi sesi 09/10. Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan sejambak penghargaan dan ucapan tahniah kepada pimpinan PMS sesi 08/09 kerana telah berjaya membawa PMS kepada sebuah organisasi yang terbaik di UPSI. Disamping menaruh kepercayaan dan telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk terus membawa persatuan ini kearah dimensi yang lebih baik dimasa akan datang.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Kembali kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI terutamanya mahasiswa dan mahasiswi Sains (FST). Seperti yang kita ketahui, tujuan sesebuah persatuan ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya disamping menjadi medan untuk menimba pelbagai pengalaman dan ilmu. Begitulah juga dengan persatuan ini yang sentiasa mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Sains. Hal ini kerana, permuafakatan dan kerjasama yang kita pupuk ini akan membantu kita untuk berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang. Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Sungguh, orang-orang yang berbuat kebajikan akan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur ( nama suatu mata air di Syurga yang airnya putih dan baunya sedap serta enak sekali rasanya).” AL-INSAN,5

Di samping itu, kemajuan teknologi masa kini juga telah membawa PMS untuk seiring mengikut arus kemodenan tersebut. Oleh itu, pelbagai medium seperti blog dan friendster PMS telah dihasilkan dalam usaha untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan informasi kepada semua pihak terutamanya mahasiswa dan mahasiswi Sains UPSI. Akhir kalam, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya. Kepercayaan dan amanah ini akan saya pikul dengan sebaik mungkin.
Sekian, wassalam..

NIK AZRUL NIK KAMARUDIN
Blog : azrul-al-muallim.blogspot.com

Saturday, April 11, 2009

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan

1.Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2.sentiasa bersangka baik terhadap semua orang( walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa)

3.sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.

4.banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.

5.sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6.sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.

7.pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu
sama lain.

8.bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang
kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9.jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
pangkal jalan apabila mengingati mati.

10.amalkan sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan
tertarik kepada kita..

11.sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.

12.sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain.

Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim.
13.pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan
prihatin.

14.jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15.sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan
dan keburukan orang lain.

16.sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi dengan doa.
Related Posts with Thumbnails