Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian - Hukama'
Berkata Syeikh Abdul Kadir Jailbird:
Apabila kamu bertemu seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan engkau katakana pada dirimu:
Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripadaku.
Semoga Allah mengangkat darjatNya.
Sekiranya dia lebih muda dari kamu katakanlah:
Dia belum lagi menderhaka Allah tetapi aku telah banyak menderhakai Allah, tidak ragu lagi dia lebih baik daripadaku.
Sekiranya dia orang yang lebih tua dari kamu katakanlah:
Dia lebih dahulu menyembah dan berbakti pada Allah daripada aku.
Sekiranya dia orang alim katakanlah:
Dia telah diberi Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.
Sekiranya orang itu jahil katakanlah:
Dia menderhaka kerana kejahilannya sedangkan aku menderhaka dalam keaadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku dan kesudahannya.
Sekiranya orang itu kafir katakanlah:
Aku tidak tahu.
987สล็อต
1 year ago
No comments:
Post a Comment