"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Friday, January 23, 2009

assalamualaikum.

Buat sahabat-sahabiah semua,selamat bercuti..semoga cuti yang pendek ni akan memberikan seribu rasa kemanisan buat antum semua.manfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin.bak kata pepatah dari seseorang "cuti pun dh berkurang,masa bersama family dah xder sangat,masing2 sibuk dengan program sendiri.." jadi manfaat lah masa 2 betul2...

Sunday, January 18, 2009

Karakter Asy Syahid Dr Abd Aziz Rantisi

1. kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan

2. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut

3. Apa yang lebih penting, sifat tawaduk terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya.

4. Kejayaan ibunya yang membimbing dan mendidiknya menanamkan kewibawaan dan keizzahan

5. Tidak pernah menyakiti atau melukai isteri walaupun hanya dengan satu kalimah

6. Beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

7. Sepanjang kehidupan jihadnya semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t

8. Beliau sangat menjaga hubungan silaturahim amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya

9. Sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri.

10. Mujahid Penyuluh ke jalan Allah samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan setiap saat, masa, jam dan

11. Seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik.

12. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

13. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya.

14. Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam.

15. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.

16. Tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

17. Pulanglah kepada panduan asal kamukembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Thursday, January 15, 2009

Enam pesanan khusus untuk wanita

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mrk akn menjadi zikir mohon keampunan kpd Allah swt atas wanita t’sebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dpt pahala berjemaah suaminya t’masuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

CABARAN PEMUDA MASA KINI...

Pemuda yang dihormati sekelian !!

Cabaran – cabaran masa kini yang dihadapi oleh ummat Islam, sama ada cabaran itu disedari atau tidak ?

Dalam keadaan kita yang serba lemah inilah, cabaran getir datang menguji . Tersilap langkah bererti musnah dan binasa .

Cabaran i : Kejahilan ummah .
Mereka keliru dlm mencari pedoman hidup. Hak disangka bathil dan bathil pula disangka hak. Pesta khurafat dianggap tradisi warisan dan pesta maksiat pula dianggap budaya .

Cabaran ii : Serangan aqidah .
Ia dipusatkan kpd aqidah dgn mereka mengemukakan program westernisasi dan aqidah sifar. Serangan ini dikemudi secara global dgn menggunakan semua prasarana yg ada termasuklah mengambil kesempatan melalui kemajuan teknologi maklumat .

Cabaran dan serangan ini amat b’kesan disaat ummat Islam t’kial – kial m’cari identity sebenar diri mereka sebagai ummat yang terbaik, tambahan pula peratus ummat Islam yang jahil berada di bawah paras merbahaya .

Cabaran iii : Munafiq
Wujudnya golongan yang berpakaian dan berbahasa sama dengan orang Islam ttp m’jadi boneka musuh Allah swt. Warna kulit, bangsa, budaya, bahasa dan ugama yg sama dgn kita namun malang 1001 kali malang , krn merekalah yg bertanggungjawab memainkan watak barat dan syaitan.


“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah”.
Surah Al Baqarah . Ayat : 14 – 16

Cabaran iv : Sikap Ummat Islam .
Tidak prihatin terhadap isu dan malapetaka yang menimpa ummat Islam . Mereka tidak mengenal musuh dan akhirnya terperangkap dalam konspirasi musuh yang sangat licik . Malah mereka menjadikan kawan seperjuangan sebagai musuh . Yahudi dan barat pula dianggap kawan . Walhal Allah swt. telah mengajar .

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Surah Al Hujurat . Ayat : 10


Cabaran v : Ruang yang terlalu sempit untuk perlaksanaan syariat .

Kesempitan ini amat terasa apbila ulama’ tidak diberi laluan selesa utk menyebarkan agama Allah swt. Hanya dibenarkan idea dan ilmu yg tidak menyentuh sentimen ummat Islam . Sementara suara yang menghina Islam bebas berkumandang secara terbuka , jelas dan nyata bertentangan dengan prinsip dan nilai akhlak Islam .

Persoalan agama dan hukum tidak lagi dirujuk kepada para ulama’ yang muktabar , tetapi menjadi rujukan mereka ialah wartawan yang tidak berpegang dan beramal dengan prinsip ilmu dan amal Islami .

Pemuda sekelian !!

Saya gariskan 5 cabaran di sini sebagai gambaran asas rupa wajah cabaran yang dihadapi oleh ummat Islam . Sememangnya cabaran terlalu banyak dan kita tidak berupaya untuk menanganinya dalam keadaan ummat Islam menghadapi krisis keyakinan dan identity mereka yang teruk .
Kita hanya selamat andai kita giat dan gigih mengembalikan semula empayar Islam atau khilafah Islamiyyah sebagaimana yang diasaskan oleh nabi kita Muhammad saw. Kita tidak mempunyai pilihan lain sekalipun kita terpaksa berbelanja besar . Suatu belanja yang tidak terhad kepada wang ringgit tetapi juga kita terpaksa membelanjakan darah dan nyawa kita demi mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah .

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.

Surah At Taubah . Ayat : 111

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, secara literalnya mendifinisikan kecemerlangan sebagai suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu; samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau mutu perlaksanaan sesuatu kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan Allah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendekatan ini meliputi aspek sejumlah cirri-ciri keunggulan yang mampu diperolehi dan dimiliki oleh seseorang, organisasi dan kumpulan.

Setiap orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi role-model dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualization (membuktikan kewujudan diri). Antara impian yang diidam-idamkankan oleh setiap yang bergelar manusia ialah mempunyai keperibadian yang terbaik, terpuji akhlak dan sahsiahnya dan mempunyai segala kesempurnaan. Hal ini berkait rapat dengan huraian Teory of basic need yang dihuraikan oleh Maslow berkenaan dengan keperluan asas manusia. Sesungguhnya manusia akan disegani lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang dari segenap aspek penilaian.

Setelah kita ditaklifkan sebagai seorang mahasiswa, segalanya akan berubah mengikut keperluan masing-masing. Namun demikian, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab,ayat 21 dimana "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah". Sebagai seorang mahasiswa yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, kita dituntut untuk menjadikan diri kita sebaik mungkin dengan segala tindak tanduk kita berteras dan berlandaskan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa figure pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.
Sebenarnya ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa islam. Antara faktor- faktor tersebut ialah :

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, Islam dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim 'ulama'. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 27 yang berbunyi : "Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati Allah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya".

2. Figure kepimpinan yang berketrampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang. Kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilan didalam menggarapi aspek wawasan politik yang jelas dan cekal dimana kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik tolak kelemahan yang ketara. Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh AI-Qur'an.

3. Taufiq dan inayah Allah

Seandainya segala prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh saff kepimpinan mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah llahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih, dirintih dengan amalan-amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya , kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullaill, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain. Sesungguhnya mahasiswa yang sentiasa bertaqqarub kepada Allah akan mendapat keredhaan daripada Allah setiap saat hidupnya.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dan diuli dengan akmal akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilingkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa masih berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkatkan diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir dan dipinggir.

Kesimpulannya, ayuh mahasiswa ayuh, sama-sama kita realisasikan impian yang ingin kita bina selama ini dan teruskan pejuangan dalam mencari keredhaan Allah SWT walaupun dalam konteks mahasiswa hari ini yang penuh dengan tugasan akademik namun jangan dilupa fitrah sebenar kita diutuskan oleh Allah ke Dunia ini. Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tanah-tanah pusara dan tulang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak dikenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika perjuangan bukan kerana Allah, nescaya had dan usaha mereka menjadi sia-sia. Semoga kita semua menjadi mahasiswa yang proaktif dalam semua hal. Wallahu A’lam.

NIK AZRUL NIK KAMARUDIN,
MAHASISWA SAINS,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Related Posts with Thumbnails