"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Saturday, April 11, 2009

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan

1.Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2.sentiasa bersangka baik terhadap semua orang( walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa)

3.sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.

4.banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.

5.sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6.sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.

7.pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu
sama lain.

8.bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang
kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9.jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
pangkal jalan apabila mengingati mati.

10.amalkan sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan
tertarik kepada kita..

11.sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.

12.sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain.

Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim.
13.pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan
prihatin.

14.jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15.sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan
dan keburukan orang lain.

16.sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi dengan doa.

Saturday, April 4, 2009

mujahadah

Saidina Umar r.a pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu dengan jalan menghidupkan semalam suntuk sebagai penebus solat jemaah yang ditinggalkan tadi.

Cara untuk mengajar jiwa supaya patuh kepada perintah dan kemahuan diri ialah dengan berkawan dengan orang-orang yang dapat dikategorikan sebagai hamba Allah yang bersungguh-sungguh dalam solat dan tekun beribadah.

3 perkara yang mengembirakan Abu Darda’:

1. Merasa selalu haus untuk memperolehi keredhaan Allah dengan jalan meninggalkan apa yang dicegah olehNya
2. Bersujud kepada Allah Ta’ala di tengah malam
3. Berkumpul di majlis kaum yang sentiasa memilih ucapan-ucapan yang bagus, sebagaimana dipilihnya apa-apa yang terbaik dari kumpulan kurma

Bila jiwa kamu nampak hendak melarikan diri dari kemahuan kamu yang nyata baik dan terpuji, atau menolak untuk diajak tekun dan mengekalkan peribadatan, maka jalan yang satu-satunya yang lebih wajib ditempuh ialah memperhatikan dan meneliti hal-ehwal mengenai keadaan dan perilaku kaum salaf solehin atau orang-orang terdahulu yang soleh.

Kamu wajib mencela dan menyalahi diri sendiri, dan memprovok pemikiran dan lintasan hati kamu yang berbuat salah dan sesat tadi, dan sebagai gantinya wajiblah kamu membawa dan mengajak jiwa dan nurani anda untuk melakukan ketekunan dan kesungguhan hati. Kamu akan dianggap mengerjakan kemaksiatan dan kekeliruan, apabila kamu tidak mahu mencemuhkan, mengolok-olok jiwa dan diri kamu sendiri, juga keliru pula manakala kamu tidak menunjukkan mana yang perlu diketahui perihal keburukan pandangan jiwa kamu yang salah itu.

YANG LALU BIAR BERLALU

Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan
kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu sama
ertinya
dengan membunuh semangat, memupuskan tekad, dan mengubur masa depan
yang
belum terjadi.

Bagi orang yang berfikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak
pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam
ruang
penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam penjara pengacuhan
selamanya,
atau diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang
demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan
mampu
mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya
kembali,
kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kegalauan
tidak
akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung
gelap
masa silam, selamatkan diri Anda dari bayangan masa lampau! Adakah Anda
ingin mengembalikan air sungai ke hulu, air susu ke payudara ibu, dan
air
mata ke dalam kelopak mata? Ingat keterikatan Anda dengan masa lalu,
keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakarann emosi
jiwa
Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah
kondisi yang sangat naïf, ironis, memeritkan, dan sekaligus menakutkan.

Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan,
mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang demikian sangat
berharga. Dalam Al-Qur’an, setiap kali selesai menerangkan keadaan
suatu kaum
dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, “Itu
adalah
umat yang lalu.” Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai
pula
urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan
memutar
kembali roda sejarah.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang
menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan,
nenek
moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya
demikan :” Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari
kuburnya”. Dan
konon kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawanan binatang
sering
bertanya kepada seekor keledai begini :”Mengapa engkau tidak menarik
gerabak?” “Aku benci khayalan,” jawab keledai.

Adalah bencana besar manakala kita rela mengabaikan masa depan dan
justru
hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu sama halnya dengan kita
mengabaikan
istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi pondok-pondok yang telah
lapuk.
Padahal betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan
semua
hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab
yang
demikian itu sudah mustahil pada asalnya.

Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah melihat dan sedikit pun
menoleh ke belakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan,
air
akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan
segala
sesuatu bergerak maju ke depan. Maka dari itu, janganlah pernah melawan
sunnah kehidupan.


Sumber : La Tahzan oleh Dr. ‘Aidh Al-qarni

Faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan

1.Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2.sentiasa bersangka baik terhadap semua orang( walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa)

3.sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.
4.banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.

5.sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6.sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.

7.pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu
sama lain.

8.bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang
kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9.jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
pangkal jalan apabila mengingati mati.

10.amalkan sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan
tertarik kepada kita..

11.sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.

12.sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim.

13.pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan
prihatin.

14.jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15.sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan
dan keburukan orang lain.

16.sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi dengan doa.

Wednesday, April 1, 2009

Adakah salah atau betul?fikir-fikirkanlah

Apa Salahnya Perigi Mencari Timba? ::.

Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, “Sudikan awak mengahwini saya..?”. Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, Alangkah tak malunya wanita ini..

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama pada 1 Julai 2003. Beliau semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Negara menyatakan bahawa kementeriannya akan mengadakan program bertemu jodoh sebagai salah satu langkah menangani masalah wanita yang berpendidikan tinggi yang lambat berkahwin.

Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang asing lagi di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua lapisan golongan wanita terlibat dalam permasalahan ini. Akhirnya, timbullah gelaran-gelaran yang kurang enak didengar seperti andartu, andalusia dan sebagainya. Sebenarnya, jika diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala wanita yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat terhadap amalan perigi mencari timba;.

Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Malah seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan meminang. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di kalangan wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan daripada berusaha sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.

Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27. Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.

Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya mengubah semula pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita terus menerus dihantui sindrom malu untuk memulakan langkah, maka akhirnya dia terpaksa menempuh satu corak hidup yang sama sekali tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa memilih samada untuk terus bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.

Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap amalan perigi mencari timba ini perlu dihapuskan. Berikutan tanggapan sebeginilah, banyak perigi akhirnya tidak mempunyai timba.

4 DARJAT MANUSIA

1) Manusia yang tahu dan dia tahu apa yg dia tahu. Yang demikian itu ialah manusia yang berilmu yang boleh dijadikan pemimpin

2) Manusia yang tahu tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur dan dia perlu dibangunkan

3) Orang yang tidak tahu dan dia tidak tahu dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya dia menjadi lebih cerdas.

4) Orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang demikian haruslah dijauhi."

org kata ... mak kata.. aku rasa..

"ORANG KATA .....

enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti taubatlah.

MAK KATA .....

orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.



AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....

exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study ..... past year papers .. etc .. etc .. etc ..

MAK KATA .....

exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....

have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

MAK KATA .....

setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....

kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

MAK KATA .....

ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....

successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo .....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

MAK KATA .....

setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi .....
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

"
Related Posts with Thumbnails