"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Monday, April 26, 2010

MAHASISWA SAINS SEM 3 2010/11

Salam dan selamat sejahtera

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa mahasiswi UPSI

Terbaru, MPP Kebajikan baru sahaja mendapat maklumat bahawa pelajar sains semester 2 pada penggal ini yang bakal mengisi kursus minor pada semester hadapan TIDAK dibenarkan mengambil kursus sains yang berkaitan.

Para pelajar yang bakal mengisi kursus minor ini hanya dibenarkan mengisi kursus yang tidak berkaitan dengan matapelajaran sains seperti SEJARAH, KEMAHIRAN HIDUP, TESL DAN PENDIDIKAN SENI ( dll ). Saya dimaklumkan oleh seorang pelajar junior ini bahawa Fakulti FST telah mengeluarkan arahan tersebut. Walaubagaimanapun, ramai dalam kalangan pelajar tidak bersetuju dengan arahan fakulti yang memberi alasan tidak mahu berlaku lambakan guru sains pada masa hadapan.Pelajar juga melahirkan rasa tidak puas hati kepada fakulti memandangkan mereka terpaksa dijadikan bahan ujikaji fakulti untuk melihat keberkesanan perubahan penstrukturan fakulti, iaitu melibatkan praktikum pada sem 7 dan terbaru TIDAK dibenarkan mengambil kursus minor berkaitan.

MPP wakil FST, Herwana Herman bagaimanapun memberitahu beliau perlukan sedikit masa untuk berjumpa dengan pihak fakulti /dekan bersama-sama dengan wakil MPP Mahasiswa Pendidik serta wakil Persatuan Mahasiswa Sains untuk berbincang permasalahan ini.

Saranan pelajar yang terlibat adalah samada fakulti TIDAK MEWAJIBKAN arahan tersebut dan menukarkan kepada MENGGALAKKAN pelajar mengisi kursus selain matapelajaran sains.

Sunday, April 25, 2010

SEKITAR HARI MENGUNDI PRK HULU BERNAM

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.

Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.

9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.

10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.

10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.

10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi  di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.25 am : SPR memaklumkan Peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.

11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.

Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.45 am : P Kamalanathan tiba Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru. Beliau diusung penyokong BN tetapi disambut dengan laungan 'Apco' dan 'yahudi' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan. Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

12.10 pm : Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)".


Monday, April 19, 2010

Keajaiban Tulisan Dalam Microsoft Word... Subhanallah..!!


Untuk entri malam ni remedy ingin berkongsi sedikit perkara yang agak pelik. so terrpulang kepada korang untuk menilai sendiri perkara ni..mungkin benda ni ada yang dah tahu dan ada yang baru tahu..jadi boleh jugak beri pendapat korang kat sini yerk.

Cuba buat sendiri  and lihat...


1. Buka Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar World Trade Centre.

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..menakjubkan..kebesaran Allah S.W.T

sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang

menjangkakannye ...


Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..

kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ...

dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH....

Cubalah...dan sebarkan.... Lepas tu cuba tukar kepada font WINGDINGS 2 & 3


Copy..Edit & Paste dari http://kitaransemula.blogspot.com/

Saturday, April 17, 2010

BERITA DARI HEPA (UNIT PERSATUAN & KELAB)

Permohonan Menyertai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Perhatian kepada pelajar ISMP yang berminat untuk menyertai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pembangunan Pelajar, JHEPA ataupun di muat turun di bawah ini. Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke Bahagian Pembangunan Pelajar, JHEPA pada atau sebelum 26 April 2010 (Isnin)

http://hep.upsi.edu.my/images/stories/hebahan/Borang_PERKIM.pdf

Tuesday, April 13, 2010

SEMAKAN UJIAN MEDSI

Salam dan selamat sejahtera,

Perhatian kepada sesiapa yang adik beradiknya,sepupu sepapaknya, kawan2 nya, yang ada memohon menduduki ujian MEDSI, semakan status permohonan boleh dilakukan mulai khamis ini.


Sumber : Akhbar Metro Selasa 13 April 2010 


Pemohon program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi Program Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (ijazah pertama) dan Diploma Pendidikan (DP) boleh membuat semakan panggilan menduduki Ujian Malaysia Educators Selection Inventory (MEdSI) mulai 15 April ini (Khamis).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi, semalam, semakan untuk ujian berkenaan boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://www.mpm.edu.my.



Calon yang layak dikehendaki mencetak slip menduduki ujian MEdSI dan wajib dibawa ketika menduduki ujian itu.


~ SEMOGA BERJAYA ~

MAHASISWA BAKAL BERPENCAK DI PENTAS EXAM

Tamat sudah 14 minggu kuliah mahasiswa mahasiswi UPSI, kini tiba masa untuk turun berpencak di pentas exam dengan rentak dan gaya masing-masing . Pastinya persoalan ini ditujukan untuk diri sendiri dan semua, sudah bersediakah untuk exam? Ada 2 jawapan yang akan dijawab : dah,tunggu nak masuk jawab exam jer, dan yg ke 2 : alamak,blum study lagi. Samada suka atau tidak, nak ke tak nak, itu semua kewajipan yang mesti dilakukan demi memenuhi kredit dan lulus subjek.

Persoalannya, adakah kita kembali kepada fitrah hidup kita sebagai hamba ALLAH yang meletakkan pergantungan kita pada ALLAH dalam setiap perkara ( exam )? Di dunia ini juga exam bagi kita, pencatat markahnya makaikat kiri kanan, semuanya di catat. Soalan exam pula terbuka, jawapan betul salah pada diri masing2. Dalam exam di dunia macam2 boleh buat untuk lulus (selain study), boleh meniru kalau xda penjaga. Tapi bila kita berhadapan dengan exam ALLAH, semua Dia nampakkkkk..Tidak boleh tidak, mesti kembali kepada fitrah hidup manusia.Jom fikir-fikirkan bersama.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat belajar dan selamat menempuhi peperiksaan kpd semua mahasiswa/i UPSI terutamanya kepada batch Sains Fizik Semester 6 dan semua sahabat sahabiah. Harap maafkan saya jika ada salah silap, dengan 10 jari dipohon, halalkan ilmu2 yg diberi jika ada.



Hari semalam telah berlalu
meninggalkan sebuah kisah yang berbekas lubuk hati
Hari-hari semalam hanya tinggal kenangan
Apakah kau guna untuk kemudian hari?
Hari esok pula menanti
Apakah kau tahu apa yg akan terjadi?
Tidak siapa yang peduli
Namun yang pasti,
Semua terjadi dengan percaturan Ilahi
Dan kita perlu sedari
Semakin lama masa dilalui
semakin usia menghampiri senja
Sungguh aku takut menghadapi esok hari
Andai ajal menanti
Tanpa persediaan hari ini
Usaha mempersiapkan diri
Biarlah TAWAKKAL KU Menjadi Milik-Nya

~usai cerah menanti senja~





Tuesday, April 6, 2010

Perbezaan mujtahid bukan untuk berpecah-belah

Taklid mazhab penyelesaian terbaik rungkai masalah ummah mengikut peredaran zaman

PEMIKIRAN anti mazhab dibawa ulama modenis-reformis menyebabkan timbulnya kesangsian terhadap ilmuwan silam termasuk ulama sejati yang dikatakan seolah-olah membekukan daya cipta masyarakat Islam dan fahaman taklid dituduh membantutkan akal serta pemikiran masyarakat Islam.

Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Sani Badron, berkata kelompok itu bercita-cita mendirikan jaringan aliran baru berdasarkan fahaman sendiri yang merujuk terus kepada al-Quran dan al-Sunnah. Katanya, usaha mereka itu berlawanan aliran lama yang bertaklid kepada mujtahid mazhab yang berusaha menangani masalah besar terkandung dalam risalah Nabi Muhamad SAW sebagai rahmat membawa manfaat untuk manusia seluruhnya.

“Apa yang cuba dibawakan mereka adalah mempersoalkan perkara remeh yang dijadikan masalah besar dan tindakan itu amat memalukan apabila masyarakat melihat golongan agama hanya membahaskan, tidak membaca qunut atau talkin.

“Imam mujtahid seperti Abu Hanifah, Malik, Ibn Hanbal dan Al-Syafi’e memainkan peranan menyelesaikan persoalan yang timbul dalam perhubungan orang Islam pelbagai kaum dan antara orang Islam dengan bukan Islam,” katanya pada Muzakarah Pakar Adab Terhadap Mazhab: Masalah dan Penyelesaian anjuran IKIM.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Puak Anti Mazhab: Beberapa Pengamatan’ berkata tindakan memperbesarkan perkara kecil menyebabkan masalah besar yang benar-benar membelenggu ummah gagal ditangani.

Selain itu katanya, kebelakangan ini banyak pihak suka mengeluarkan pandangan peribadi memberi hukum berasaskan hawa nafsu dan lebih teruk apabila dikelirukan isu popular seperti kepentingan hak asasi manusia atau kebebasan bersuara.
Mohd Sani berkata, Islam tidak menentang perbezaan pendapat dengan syarat ia bukan mengikut hawa nafsu tetapi merujuk kepada sumber sama, cuma berbeza dari segi pendekatan sudut pandangan.

Antara mazhab katanya, perbezaan pandangan bukan dengan menambah perkara baru tetapi pada cara memahami, mengesahkan nas serta menetapkan hukum daripada makna terkandung dalam nas yang sama.

Malah, pandangan pertama tidak bertentangan dengan pandangan kedua tetapi digarap untuk menjawab dua perkara berbeza bukan disebabkan hukum berbeza, sebaliknya zaman atau perkembangan semasa yang berlainan.

“Perpaduan umat terjamin apabila ada kesatuan pemikiran iaitu faham bahawa dua orang mujtahid boleh berbeza kesimpulan dalam pelbagai masalah dan kedua-dua kesimpulan adalah fiqh yang sah,” katanya.

Mohd Sani berkata, hala tuju golongan agama terdiri daripada imam mujtahid adalah jelas kerana 60 peratus daripada ratusan ribu huraian isu syariah meliputi keperluan awam serta negara, perundangan syariah dan muamalah.

Contohnya, apabila Imam Abu Yusuf mengarang kitab al-Kharaj, beliau memberi panduan kepada Khalifah Harun al-Rashid mengenai hasil pendapatan negara termasuk mengenai pembahagian tanah berdasarkan nilai dan produktivitinya, perbezaan kadar hasil, perbezaan status petani yang dihurai secara menyeluruh dengan undang-undang sangat tersusun.

Katanya, imam mujtahid memberi jawapan yang memuaskan bukan hanya kepada soal bacaan Yasin malam Jumaat dan bilangan rakaat solat tarawih tetapi bagaimana untuk menyatukan umat Islam dalam mendepani undang-undang dan tatacara asing dalam urusan pentadbiran masyarakat.

“Wawasan mereka adalah mewujudkan garis panduan asas yang boleh diguna pakai dalam mendepani tahap perkembangan masyarakat dan kemajuan akal manusia. Mereka memahami kehidupan sentiasa berjalan akan menimbulkan banyak perubahan yang perlu ditangani ijtihad bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.

Katanya, menyempitkan konsep ilmu menyebabkan ulama sibuk bertengkar serta memeningkan kepala mengenai perkara kecil yang menimbulkan perselisihan sia-sia dan tidak menguntungkan ummah.

Sepatutnya, isi kandungan al-Quran, al-Sunnah dan khazanah ilmu huraian imam mujtahid dimanfaatkan dalam mengenal pasti permasalahan sebenar dan mencari penyelesaian untuk diterjemahkan dalam polisi negara demi kepentingan masyarakat.

Itulah sepatutnya usaha golongan agama yang tidak henti-henti meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ummah melalui pencarian hukum penyelesaian terbaik dan perundangan alternatif hingga wujud keseimbangan ilmu dunia, sains dengan nilai kehidupan.

Mohd Sani berkata, mazhab menyediakan untuk umat Islam ribuan jawapan yang betul berasaskan ilmu kepada soalan bagaimana mentaati Allah secara terperinci selain memutus serta menghurai perintah al-Quran dan sunnah mengikut kes demi kes.

Bagaimanapun katanya, dalam konteks bertaqlid hendaklah berasaskan ilmu bukan secara membuta tuli seperti anak guam mengikut peguam, ahli perniagaan mengikut akauntan dan pesakit mengikut nasihat doktor.

“Mazhab bukan hasil kerja seorang mujtahid tetapi himpunan sarjana yang meneliti syariah melalui pembahagian tugas dan pengkhususan dalam jangka waktu panjang bagi menghasilkan karya perundangan lebih baik untuk menawarkan Islam sebagai sistem hidup yang padu,” katanya.

Sementara itu, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), Dr Uthman El Muhammady, berkata amalan bermazhab adalah jalan beragama bagi yang bukan mujtahid seperti bidang kehidupan lain iaitu mereka mampu memimpin menjadi pemimpin sementara yang tidak mampu termasuk golongan dipimpin.

Namun, dalam kehidupan bermazhab hendaklah memahami adabnya antaranya menghormati perbezaan pendapat yang berlaku supaya menjadi rahmat yang memberi kebaikan kepada semua bukan menimbulkan masalah.


Related Posts with Thumbnails