"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Tuesday, April 6, 2010

50 karya seni pelajar STPM akan dipamerkan


Sebanyak 50 hasil karya pelajar seluruh negara yang mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipamerkan sempena Pameran Hasil Karya Seni Visual bertema "Seni Visual Membantu Kreativiti Dan Inovasi" sepanjang April ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini pelbagai, karya yang terdiri daripada batik, tenun, arca tembikar catan dan reka bentuk akan dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Program anjuran bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan UPSI itu bagi mempamerkan hasil karya terpilih yang mempunyai nilai tertinggi daripada segi bahan, teknik dan proses penghasilan. Program itu juga memberi pendedahan kepada calon STPM untuk memelihara dan menilai karya yang dihasilkan selain memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan hasil karya pelajar dari seluruh negara.

No comments:

Related Posts with Thumbnails