"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Tuesday, March 3, 2009

3 Mac 1924 - Peristiwa yang Menusuk Jantung Umat.

Message:

hari ini iaitu pada tanggal 3 Mac 2009 ialah ulang tahun ke-85 kejatuhan khilafah Uthmaniyyah iaitu kerajaan yang diketuai seorang khalifah (raja) bagi seluruh umat Islam. Khilafah (kerajaan/pentadbiran) inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang.

sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi ini telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk , agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti liberalisme, sekularisme, sosialisme dan lain-lain sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang sangat tebal sehingga mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini.

Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan malah Malaysia sendiri. Negara-negara ini seperti Malaysia mencampurkan Islam dengan sistem-sistem dan kepercayaan lain seperti perlembagaan Lord Reid yang mengatasi undang-undang Hudud, Qisas dan lain-lain undang-undang Allah tetapi malangnya mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malaysia sebenarnya hanya sebuah negara umat Islam dan umat Islam di Malaysia perlu bangkit dengan ilmu yang teguh untuk menjunjung kembali kedaulatan Islam. Sokonglah mereka yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan hukum-hukum (undang-undang) Allah seperti gerakan Islam PAS atau kita akan dipersoal atas ketidakpedulian kita terhadap agama ketika di akhirat nanti.


Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

Saudara2ku, sila lihat video-video yangberkaitan:-

http://www.youtube.com/watch?v...
http://www.youtube.com/watch?v...= channel_page
http://www.youtube.com/watch?v... &feature=channel_page
sangat dialu-alukan sekiranya anda mempunyai keinginan untuk mencari data-data berkaitan selain dari video-video tersebut. Allah telah berjanji untuk memudahkan jalan ke syurga bagi sesiapa yang menuntut ilmu hanya keranaNya dan mengikut syariatNya dan siapakan yang lebih benar janjinya dari Allah?

No comments:

Related Posts with Thumbnails