"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Saturday, March 28, 2009

Taqwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. : "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata

Telah manasihati kami oleh Rasullulah s.a.w. akan satu nasihat yang mengentarkan hati kami dan kami menistiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata

Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda :

Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umumrnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesngguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"

H.R. Abu Daud dan Tarmizi

Keterangan

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasullullah s.a.w kepada umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan seperti zaman yang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasullulah s.a.w. dalam hadis ini, iaitu :

Pertama : Hendaklah ia melazimi taqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua : Mentaati pihak pemerintah yang menguruskan hal ehwal kaum muslimi walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Ketiga : Perpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitu berpegang kepada fahaman dan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya mereka yang berpegang kepada fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat dari api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga di pada hari kiamat nanti.

Keempat : Menjauhi pekara-pekara bidaah dholalah, iaitu apa juga fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tiada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tiadalah pekara-pekara yang baharu itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dholalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bidaah hasanah).

No comments:

Related Posts with Thumbnails