ASSALAMUALAIKUM WBKTH?
Genap sudah umurku 21 tahun pada tanggal 08.mac yakni esok. rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih memberi kesempatan kepada diriku untuk teruskan perjuangan dalam menegakkan syiar islam.terima kasih jugak kat mak dan parent kerana telah banyak menghabiskan tenaga,wang dan keringat demi membesarkan anak sulung yang tercinta ini.rasa sebak pun ada jugak time ni.maklum lah biasanya pada waktu ini bersama keluarga,namun apa kan daya taklifan semakin mengejarku.sepanjang 2o tahun yang lepas, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi demi mematangkan minda yang jumud ini suatu ketika dulu,sekarang diriku amat sedar akan tuntutan dan juga apa matlamat diriku yang sebenarnya dilahirkan di muka bumi ini. yang pastinya tak lain dan tak bukan adalah untuk bertaqarrub kepada ALLAH SWT.
Namun tidak dinafikan bahawasanya manusia itu masing-masing ada kekurangan dan kelemahan diri yang perlu diperbetul setiap masa dan tidak terkecuali diriku yang dhaif ini.Namun azam ku tetap teguh ingin syahid di jalan Allah SWT.bertepatan dan Bersesuaian dengan Firman ALLAH SWT dalam surah Az-Zummar ayat yang ke 70 dimana maksudnya "dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan". Sebenarnya jika kita ALERT, ini semua tanda Kasih Sayang Allah kepada Hamba-hambanya. alangkah betapa ruginya kita jika kita tak sedar akan semua ini.
Sementara masa masih ada, marilah kita bersama-sama betulkan niat kita dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT sentiasa.Semoga kita menjadi insan yang sentiasa mandapat keberkatan daripada ALLAH SWT. pesanan ini adalah untuk diri yang lemah ini jugak.semoga kita sama-sama menjadi CIKGU YANG LUAR BIASA. apa yang dimaksudkan dengan "CIKGU LUAR BIASA" itu???hurmmm,fikir-fikirkan lah..tapi jika kamu semua hendak tahu boleh la tanya "MAK" saya. kerana saya dah explain dah kt mak.jadi sekadar itu dahulu untuk masa ini,mudah-mudahan setiap amalan yang kita buat akan diterima oleh ALLAH SWT. W'alam.
P/S : sebarang komentar dan penambahbaikan bolehlah disalurkan terus kepada ana di 019-4606034 (azrul). buat sahabat-sahabiah semua, terima kasih kerana menyokong diri ini. moga-moga Allah SWT permudahkan usaha antum semua..TAKBIR!!!!!!!!!
987สล็อต
1 year ago
No comments:
Post a Comment