"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Wednesday, November 26, 2008

JGN BERSEDIH, BACALAH KAEDAH-KAEDAH MENUJU BAHAGIA

1.Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang kemana-mana.Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah S.A.W “Bila engkau berada pd pagi hari, jgnlah menunggu datangnya ptg hari.Bila engkau berada pd ptg hari, jgnlah menunggu datangnya waktu pagi”

2.Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg tlh selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.

3.Jgn menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jgn fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya

4.Jgn mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5.Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia

6.Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah

7.Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar

8.Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang

9.Persiapkan diri anda utk menerima kemungkinan buruk

10.Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda

11.Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seorang Muslim adalah baik baginya

12.Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah

13.Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yg dimiliki orang lain

14.Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar

15.Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa

16.Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati

17.Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan

18.Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara remeh

19.Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha luas keampunan-Nya

20.Jangan marah, jangan marah, jangan marah!

21.Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan

22.“Dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu” (Ad-Dzariyat:22)

23.Kebanyakan dari apa yg anda takutkan tidak akan berlaku

24.Pada orang2 yg tertimpa musibah itu ada suri teladan

25.Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka

26.Ulangilah doa-doa utk menghapuskan bencana

27.Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran

28.Tinggalkanlah semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin

29.Kedengkian dan keinginan anda yang kuat utk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan

30.Setiap musibah yg menimpa diri anda adalah penghapus dosa

Moga ada manfaatnya. Iya, jangan bersedih kok!!!! =)

Wassalam....

No comments:

Related Posts with Thumbnails