"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Sunday, November 23, 2008

Sifat Pendakwah

Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dam
memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa kefahaman yang jelas, maka pendakwah itu akan menghadapi kesukaran yang sepatutnya boleh
dielakkan.

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia, lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman, berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal solih yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali dalam jurusan agama.

Oleh itu kita sepatutnya meneliti metod dakwah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w., diantaranya apa yang disebut dalam surah Yusof ayat 108, maksudnya : "Katakan olehmu (wahai Muhammad), inilah jalanku, yang aku dan mereka yang mengikutku menyeru ke jalan Allah dengan basirah dan Maha Suci Allah, dan tidaklah aku tergolong dari golongan musyirikin." "Basirah" menurut Dr. muhammad Fathullah badran membawa erti : "Ilmu yang luas, hujjah-hujjah yang kuat, pengetahuan hati, kesedaran, kefahaman yang dalam, memelihara hal keadaan orang yang didakwahkan dan menggunakan kata-kata yang jelas." Dan "salbi"
(inilah jalanku) itu tidak lain melainkan jalan yang satu iaitu Islam yang padanya diberi panduan iaitu Al Quran dan al Hadis Rasulullah s.a.w. Ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam firmanNya surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud : "Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka hendaklah kamu sekelian mengikutinya dan
janganlah engkau ikut jalan yang berbagai-bagai kelak ia memecah-belahkan kamu sekelian dari jalanNya.

Itulah pesanan kepada kamu sekalian, mudah-mudahan
kamu bertaqwa." walaupun nampak sukar, tetapi itulah
asas yang digariskan oleh baginda dalam penyebarab
dakwah yang diikuti oleh para sahabat dan generasi
kemudian. Maka sewajarnyalah ia menjadi azimat buat
para daie terkemudian bagi meneruskan kerja-kerja
mulia itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails