"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Sunday, November 23, 2008

Syarat-syarat taubat

Berdasarkan takrifan taubat Imam al-Ashfahani sebelum ini sekaligus telah menjelaskan empat syarat taubat iaitu:
1. Meninggalkan dosa.
2. Menyesali dosa.
3. Bertekad tidak mengulangi dosa.
4. Menggantikan dosa dengan amal soleh.

Syarat taubat menurut Imam an-Nawawi pula ialah:
1. Menjauhi maksiat berkenaan.
2. Menyesali dosa.
3. Bertekad tidak mengulangi dosa.
4. (Syarat tambahan jika berkaitan manusia) Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka harus mengembalikannya. Jika berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka harus memberinya kesempatan untuk membalasnya atau meminta maaf kepadanya. Jika berupa ghibah (menyakat), maka haruslah meminta maaf.

Syarat-syarat taubat yang dikemukakan oleh Imam al-Ashfahani dan Imam an-Nawawi di atas ternyata bertepatan dengan konsep taubat nasuha sebagaimana yang disebutkan dalam ayat ke-8 surah at-Tahrim - taubat yang membabitkan hati, lisan dan perbuatan secara serentak. Pun begitu, Imam an-Nawawi telah memerincikan taubat yang melibatkan dosa kepada Allah dan dengan dosa sesama manusia. Beliau telah meletakkan tiga syarat taubat yang melibatkan dosa kepada Allah, manakala empat syarat yang melibatkan dosa sesama manusia. Secara tidak langsung, pandangan Imam an-
Nawawi ini ingin menegaskan bahawa:

1. Berdosa kepada manusia juga bermakna telah berdosa kepada Allah.

2. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mengembalikan hak kepada manusia yang
telah menjadi mangsa kezaliman hatta terhadap individu atau mereka yang bukan Islam. Tentulah lebih sukar dan lebih kompleks halnya sekiranya berdosa kepada sekumpulan manusia atau masyarakat, misalnya seorang pemimpin atau politikus yang khianat, penggelap duit rakyat.

Benarlah sabdaan Baginda s.a.w. yang bermaksud:
"Barang siapa melakukan aniaya terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta
dihalalkan sekarang sebelum terjadi hari tidak berlakunya dinar atau dirham (hari pembalasan), maka jika orang yang aniaya itu mempunyai amal soleh, maka akan diambil daripada kebaikannya itu sebanyak aniayanya terhadap saudaranya dan jika ia tidak mempunyai kebaikan, maka akan diambil kejahatan saudaranya yang dianiaya kemudian dibebani kepadanya." (HR al-Bukhari)

No comments:

Related Posts with Thumbnails