"MAHASISWA PENDIDIK, REALISASI VARSITI"



SUNGGUH AMANAH ITU BERAT 
~SEMOGA DIRI INI TERUS THABAT DAN TIDAK SEKALI-KALI FUTUR DI PERJALANAN DAKWAH~

Nik Azrul Nik Kamarudin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar 
UPSI



ISLAM DULU,KINI & SELAMANYA


hadis hari ini

fikir sejenak

pengalaman mengajar kedewasaan

UPSI di hatiku

Saturday, November 22, 2008

UntukMu Lelaki

Bila dirimu kupanggil

SUAMI,
Ingatlah aku ini DIDIKANMU.
Tiap nafas dan lakuku dalam izin perhitunganmu.
Mampukah kau membimbingku?
Melaut ilmu kau perlu sediakan,
tentang kasih kepada ALLAH,
tentang perhitungan sunnah dan
tentang dunia ini sementara... AKHIRAT itu abadi jua,

LELAKI,
telah AYAHBONDA didikku sepenuhnya,
telah mereka awasiku utk jadi insan MULIA.
telah AYAHBONDAKU tanamkan ISLAM dihati
ALLAH kekasih abadi....
Namun dirimu LELAKI ciptaan untukku
ILLAHI mengerti kita ini LEMAH
dan KUAT BILA BERSAMA...

LELAKI,
andai ada CALAR dlm tingkahku,
andai ada BURUK dlm lakuku,
ketahuilah itu kelemahanku,
yang ku cari SENDIRI bukanlah
kerana AYAHBONDA atau KETURUNANKU.
Aku dewasa dalam alam mencabar...
terkadang ku jatuh, terkadang ku lemas..
namun aku KEMBALI kerana
DIA...

Andai BAHTERA kita
dilandai badai kerana ku,
Risiklah naluri lelakimu
mungkin CINTAMU
gersang padaku...

Namun,
SIRAHKU yang sentiasa
KEMBALI dan BERJUANG UTK KEMBALI
walau tempohnya panjang ku ambil...
dan jangan juga kau lupa
AYAHBONDAKU INSAN BERTAKWA
kuyakini
NUR AR-RAHIM dalam
DOA AYAHBONDA
Ku menghitung kiranya
DOA MU jua...

LELAKI,
jangan kau biar aku leka dlm lima waktu,
aku tak mampu menahan himpitan alam kubur. Jangan kau biar aku berhias di luar rumah
tak mampu aku pada siksaan neraka.
Jangan kau biar aku bernista
tak mampu aku menahan perit memotong lidah... Jangan kau biar aku leka dari membaca AL-QURAN nanti hati ku hitam.... susah utk kau bersihkan...
Jangan kau biar AYAHBONDAKU
kesal mempercayai KEPIMPINANMU.....

LELAKI,
akan ku kahwinimu bukan utk ku sembahmu..
bukan untuk kau jadi aku pengikutmu.
akan ku kahwinimu sebagai penemanku, penegurku
dan pencintaku.
akan ku kahwinimu kerana yakinku pada setiamu dan suci jiwamu.
Tidak ku kahwinimu untuk mengecewakan aku,
tidak juga untuk aku mengecewakan mu.

LELAKI
ku mohon padamu,
jagailah aku dari api neraka,
jadikan aku WANITA MULIA,
sambungkan didikan AYAHBONDA
jangan biar mereka kecewa
MENYATUKAN kita...
dorong mindaku hingga ku sebijak
AISYAH kesayangan RASULULLAH...

LELAKI..
bersediakah kau utk menjadi IMAMKU,
di jumaat yang mulia dgn kalimah surah sajadah.... telah sediakah dirimu dgn ZIKIR MUNAJAT
utk mententeramkan jiwaku
ketika ku bertarung dgn maut melahirkan pewarismu......
lengkapkah dirimu dgn perisai
untuk melawan nafsuku
yang sering berjaya menjatuhkan mu
dan mungkin mengheretmu ke NERAKA.

LELAKI
bersediakah dirimu untuk
menjadi pemimpinku pendidik agamaku
pendidik generasi yang akan kukongsi benih dgnmu...
bersediakah kamu untuk semua itu?

No comments:

Related Posts with Thumbnails