Pastinya orang yang bertaubat dengan taubat nasuha daripada segala dosanya akan diganjari syurga di akhirat kelak sebagaimana disebutkan dalam ayat ke-112, surah at-Taubah sebelum ini. Taubat ternyata menjadi amalan pendinding daripada bahang dan bara neraka lantara taubat dapat melupuskan bintik dosa dan noda yang menjadi asbab kepada kemurkaan Allah dan pembalasan azab-Nya. Dalam ayat ke-10, surah al-Buruj, Allah mensyaratkan golongan yang menyakiti, menyiksa dan mendera orang-orang beriman agar bertaubat kepada-Nya supaya tidak dihumbankan ke dalam api neraka.
Air mata orang-orang yang bertaubat pula merupakan suatu bonus – penyelamat daripada bahang dan julang api neraka. Selain itu, ‘golongan yang menangis ketika sunyi kerana takutkan Allah’ merupakan golongan ke-7 yang akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat kelak (HR al-Bukhari dan Muslim).Orang-orang yang bertaubat (at-taibun) dan sering memohon keampunan kepada Allah pula bukan sahaja dijamin oleh Allah daripada azab di akhirat malah daripada azab di dunia. Dalam hal ini Allah berfirman dengan maksud: “Tidaklah Allah akan menyiksa mereka selama engkau (Muhammad) berada di
tengah-tengah mereka dan tidak sekali-kali Allah menurunkan bencana kepada mereka, sedangkan mereka meminta ampun.” (al-Anfaal: 33)
Formula taubat dapat menjauhkan azab dunia berupa bala bencana dan mala petaka samada dalam bentuk individu, keluarga ataupun masyarakat. Jika sesebuah keluarga ditimpa musibah, wajarlah seluruh anggota keluarga melakukan taubat secara bersama-sama (jama’ah). Bagaimana kalau musibah itu bersifat nasional ? Selayaknya pemimpin dan seluruh rakyat memohon ampun dan bertaubat secara besar-besaran di peringkat nasional kepada Allah… Taubat juga dapat memurahkan rezeki sebagaimana sifat taqwa dan juga beberapa amalan lain seperti ziarah dan bersedekah. Firman Allah bermaksud:
"Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu', sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai'." (Nuh: 10-12).
Berdasarkan ayat di atas, Imam Al-Qurthubi berkata: "Dalam ayat ini, juga disebutkan dalam (surat Hud) adalah dalil yang menunjukkan bahawa istighfar merupakan salah satu saranan meminta diturunkannya rezeki dan hujan." Menurut al-Hafizh Ibn Kathir pula: ‘Maknanya, jika kamu bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya pasti Dia akan menambah rezeki kamu dan menurunkan air hujan serta keberkatan dari langit, mengeluarkan untuk kamu keberkatan dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kamu, melimpahkan air susu perahan untuk kamu, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kamu, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya bermacam-macam buah-buahan untuk kamu sekalian serta mengalirkan
sungai-sungai di antara kebun-kebun itu.’
Berkenaan hal fadhilat rezeki ini, Allah turut berfirman dalam surah Hud, dengan maksud: "Dan (Hud berkata), 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertaubatlah kepadaNya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'." (Hud:52).
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya.
(jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku (Hud) takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat." (Hud: 3).
Dalam ayat ke-3 surah Hud di atas, Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan: ‘Inilah buah daripada istighfar dan taubat, bahawa Allah akan memberi kenikmatan kepada kamu dengan pelbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan kemakmuran hidup serta Dia tidak akan menyiksa kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya terhadap orang-orang yang dibinasakan sebelum kalian.’
Akhirnya, ar-Rasul s.a.w. pernah bersabda dengan maksud: “Daripada Abdullah bin Abbas, berkata, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa membanyakkan istighfar nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka". (HR Imam Ahmad,Abu Dawud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim)
987สล็อต
1 year ago
No comments:
Post a Comment