• Hai orang yang beriman! Takutlah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa memerhatikan apa yang dikirimkannya terlebih dahulu untuk hari esok (Al-Hasyr 18)
• Lakukanlah muhasabah pada dirimu sendiri sebelum kamu semua dihisab. Juga letaklah dirimu di atas neraca sebelum kamu semua diletakkan di atas neraca ( Umar Al Khattab)
• Taubat ialah melihat dan memperhatikan apa yang telah dikerjakan setelah selesainya, kemudian merasa menyesal atas perbuatannya.
• Umar memukul kedua tapak kakinya dengan cemeti pada setiap malam dan berkata kepada dirinya sendiri “Apa yang telah kamu kerjakan pada hari ini”.
• Maimun bin Mahran berkata: Seseorang hamba itu tidak dapat dimasukkan dalam golongan orang yang bertaqwa, sehingga ia membuat muhasabah pada dirinya sendiri lebih teliti daripada kawannya yang juga membuat muhasabah pada dirinya.
• Abu Talhah menyerahkan kebunnya sebagai sedekah kerana tergoda oleh seekor burung yang mempersonakan penglihatannya semasa mengerjakan sembahyang.
• Al-Hasan berkata: Seorang mukmin itu tidak akan dijumpai melainkan ia mencela pada dirinya sendiri.
• Sebagai seorang hamba yang taat pada agama, kamu mestilah pada permulaan hari menyediakan waktu yang ada di dalamnya kamu mengadakan persyaratan terhadap diri kamu sendiri yang diharapkan akan menjadi suatu wasiat atau pesan, agar segala yang kamu amalkan senantiasa berdasarkan kebenaran.
• Demikian juga ada waktu petang, kamu mestilah menyediakan waktu yang tententu, dan di saat itulah kamu menuntut pertanggungjawab serta melakukan muhasabah perihal segala yang telah kamu kerjakan sejak pagi sampai petang hari itu.
• Kamu hendaklah memaksa jiwa kamu melakukan yang baik-baik dan berpahala seperti solat sunat, bersedekah lebih daripada biasa, lebih bersopan santun sesama manusia.
• Sekiranya kamu menyimpang dari kebenaran dan melakukan maksiat hendaklah kamu ingat dengan penuh keinsafan bahawa perbuatan kamu itu akan ada balasannya dan hendaklah kamu menyesal dan mencemuh diri kamu sendiri lalu bertaubat dan berjanji dalam hati dan jiwa kamu tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
• Kamu wajib marah pada diri kamu sendiri atas kelalaian yang sudah terlanjur dilakukan.
• Kamu mestilah menuntut pada diri sendiri agar senang dan gemar memberikan jawapan yang benar dalam segala hal, baik yang datang dari sendiri atau dari orang lain.
987สล็อต
1 year ago
No comments:
Post a Comment